piccredit: gusiness records
TIDUR SEBANTAL MIMPI SERUPA
SEBILANGAN daripada kita tentu pernah terdengar cerita teladan sufi,0..0 perihal tiga orang buta dan gajah. Kisahnya, tiga orang buta ini bertemu seekor gajah. Orang buta yang pertama terpegang belalainya. Lalu dia berkata, gajah itu bentuknya seperti batang pokok. Orang buta yang kedua pula tersentuh ekor gajah. Lantas dia memberi komen yang gajah itu bentuknya membulat halus seperti tali. Apabila orang ketiga pula tercuit telinga gajah, dia berkata yang gajah itu bentuknya nipis seperti kipas.
TIDUR SEBANTAL MIMPI SERUPA
SEBILANGAN daripada kita tentu pernah terdengar cerita teladan sufi,0..0 perihal tiga orang buta dan gajah. Kisahnya, tiga orang buta ini bertemu seekor gajah. Orang buta yang pertama terpegang belalainya. Lalu dia berkata, gajah itu bentuknya seperti batang pokok. Orang buta yang kedua pula tersentuh ekor gajah. Lantas dia memberi komen yang gajah itu bentuknya membulat halus seperti tali. Apabila orang ketiga pula tercuit telinga gajah, dia berkata yang gajah itu bentuknya nipis seperti kipas.
Apa
yang ketiga-tiga orang buta itu sentuh adalah sebahagian daripada tubuh gajah.
Oleh kerana mereka menyentuh bahagian yang berbeza, mereka mentafsir rupa
bentuk gajah adalah seperti apa yang mereka rasa. Oleh kerana cacat, mereka
tidak dapat melihat gajah secara keseluruhan. Tubuh gajah itu sendiri jauh
lebih besar daripada belalai, ekor dan telinganya.
Cerita
teladan itu memberi tamsilan betapa cacatnya kita dalam melihat sesuatu apabila
hanya memandang daripada satu sudut pandangan. Mengamati sesuatu melalui
kacamata sendiri itu tidak salah asalkan berlapang dada untuk memahami sudut
pandang orang lain. Cerita teladan itu habis setakat itu sahaja. Ia tidak
melarat kepada bagaimana tiga orang buta itu bertelagah untuk mengatakan gajah
mengikut apa yang mereka tahu.
Lanjutan
daripada itu, kita yang celik ini sering pula bertelagah dalam mentafsir
sesuatu meskipun kita tidak seperti orang buta kerana nampak betapa besarnya
perkara yang kita ulas. Dan, kita juga tidak mahu menerima pendapat orang lain
apabila mereka memperkatakan perkara yang sama, meskipun daripada sudut pandang
yang lain.
Memang
malang sekali apabila kita berbicara mengenai hal-hal yang besar seperti hal
politik, kepimpinan, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, perniagaan dan
sosial, kita lebih cenderung untuk berpegang kepada anutan kumpulan yang kita
cenderungi. Walhal, kita bukannya ahli pun dalam sebahagian besar bidang yang
kita ulas.
Kita
buang masa. Kita berasa hebat apabila menang dalam telagah dengan orang di
depan kita mahupun mereka yang ada dalam forum perbincangan itu samada di laman
sosial mahupun kumpulan sembang. Kita tidak ingat bahawa jika kita menang pun
dalam pertekakan itu, ia tidak mengubah apa-apa. Friends yang mengikutinya akan membuka forum dan halaman lain kerana
malas mengikuti polemik itu. Pihak yang berwajib, yang sepatutnya mendapat idea
dari apa yang kita ulas itu tidak tahu pun pandangan kita itu kerana kita sekadar hero di
dalam grup semata-mata.
Oleh
kerana asyik sekali memperkatakan hal-hal yang bersabit dengan sesuatu yang
bukan tanggungjawab kita pun, kita terlupa dengan apa sahaja yang dekat dengan
kita. Sedarkah kita bahawa pandangan kita terhadap sesuatu itu akan berubah
mengikut keadaan dan masa? Perasan tak kita dalam apa jua kerjasama yang kita
lakukan samada dengan teman hidup mahupun dengan majikan, sudut pandang
mengenai sesuatu itu akan berubah juga?
Jika
diambil contoh mengenai sepasang kekasih yang bercinta dengan niat untuk ke
jinjang pelamin, masing-masing akan saling bertukar visi mengenai alam selepas
bersanding. Bakal suami mahu isteri duduk rumah sahaja, bakal isteri pula tidak
setuju kerana dia sendiri mahu membantu keluarganya. Mereka akan berbincang
mengenai bilangan anak dan masa depan. Apa jua perbezaan akan mereka sepadukan
apabila masing-masing berkongsi sudut pandangan lalu mencari titik pertemuan.
Apabila
melepasi gerbang perkahwinan, mereka amat damai dan sepakat kerana faham akan
sudut pandang masing-masing. Namun seiring masa berlalu, pandangan-pandangan
ini mungkin berubah. Si suami yang mendapat kenaikan pangkat dan lebih berat
tanggungjawab mahukan si isteri berhenti kerja dan menjaga anak-anak. Sedang si
isteri sedang berangan-angan untuk sambung belajar.
Visi
si suami sudah bercampur dengan tanggungjawab kerja dan si isteri pula sudah
beralih niat daripada untuk menjaga keluarga kepada memperbaiki ilmu untuk diri
sendiri. Apabila sudut pandangan telah berubah, maka ia perlulah dibentang,
dibincang dan dicari titik pertemuan. Jika tidak, akan terjadi rasa tidak puas
hati mana-mana pihak.
Jika
syarikat yang berpandangan jauh itu punyai visi dan misi, maka kita juga perlu
menyatakan visi dan misi kita dari semasa ke semasa. Di dalam berumah tangga,
ia bukan semata-mata soal apa nak makan hari ini, tetapi ia melibatkan banyak
lagi perkara-perkara penting.
Tidak
bolehlah suami atau isteri punyai angan-angan yang tak serupa. Tidak boleh juga
majikan dan pekerja punyai impian yang berbeza. Begitu juga jawatankuasa masjid
dan kariah, kantin pejabat dan para pelanggan serta pemaju dan penduduk. Ini
termasuk juga sudut pandang kerajaan dan pembangkang yang nampaknya masih
bergeser dan memercik api perbezaannya.
Jika
kita punyai impian yang sama, insya-ALLAH tidur pun akan mendapat mimpi yang
serupa. Hidup ini akan dipenuhi semangat ketika jaga dan penuh kerehatan
tatkala tidur.
No comments:
Post a Comment