TIDAK MEMBACA
MINDA JADI KEBULUR!
MINDA JADI KEBULUR!
BILL GATES, usahawan terkenal seantero dunia dengan perisian Microsoft pernah
berkata, dia membaca 50 buah buku setahun. Mengapa tauke perisian yang terkenal
itu masih membaca buku? Walhal, dia boleh sahaja melayari laman web? Katanya, itulah salah
satu caranya belajar.
Meskipun
dia kerap bertemu dengan cendekiawan atau menonton kuliah atas talian, buku
membolehkan dia mengetahui perkara baharu dan turut menguji kefahamannya.
Kadangkala, membaca membolehkan dia melihat sesuatu dari sudut pandang yang
berbeza.
Memang
menakjubkan bagaimana seseorang pakar teknologi maklumat yang hebat sepertinya
masih bergantung kepada platform teknologi maklumat yang tua iaitu melalui buku
sebagai caranya memahami ilmu. Malah, Bill Gates juga mengaku yang dia bukan
kaki e-book!
Berdasarkan
kata-katanya itu, kita boleh simpulkan tiga perkara. Pertama, membaca buku itu
mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Kedua, bahan bacaan di
internet sama-sekali tidak dicipta untuk menggantikan buku secara fizikal.
Ketiga, jika teknokrat digital hebat seperti Bill Gates membaca buku sebagai
platformnya, pasti dia nampak keistimewaan yang kita tidak sedari. Bagi kita
internetlah segala-galanya.
Jurnal
Social Science and Medicine, pula memaparkan
dapatan kajian Universiti Yale yang menakjubkan! Menurut kajian selama 12 tahun
universiti itu, mereka yang membaca lebih 3.5 jam seminggu akan hidup dua tahun
lebih lama kepada sesiapa sahaja tidak kira yang berharta, berpelajaran mahupun
menurut jantina.
Lebih
3,500 warga emas mengambil bahagian di dalam survei itu. Menurut laporan kajian
itu juga, membaca buku lebih bermakna daripada membaca majalah kerana membaca
buku mampu merangsang minda untuk berfikir dengan lebih mandalam.
Saya
berpendapat, majalah yang mempunyai banyak artikel yang pendek-pendek itu hanya
mampu merangsang minda secara sebentar. Sebaik sahaja seseorang itu mahu
tenggelam di dalam dunia pembacaannya, artikel yang dibaca sudah tamat dan
fikirannya terpancung ke suasana semasa.
Sebaliknya
apabila seseorang membaca buku, kontinuasi isi panjang sesebuah buku itu mampu
menarik seseorang itu ke dasar pemikiran bawah sedarnya. Setelah beberapa minit
membaca, seseorang itu boleh relaks apabila pemikirannya fokus kepada apa yang
dibacanya.
Apakah
kita tidak boleh membaca e-book?
Bukankah isinya sama juga dengan sesebuah buku yang dipilih? Sebenarnya ada
banyak sekali pandangan yang menyatakan kebimbangan terhadap membaca di skrin
komputer.
Majalah
Medical Daily tidak lama dahulu
menerbitkan pandangan berupa amaran bahawa membaca terlalu lama melalui skrin
memberi stres kepada retina. Stres itu pula boleh mengakibatkan insomnia. Tentu
sekali kajian itu memaksudkan jika seseorang itu menghadap komputer dalam kadar
waktu yang begitu lama. Tetapi, tidakkah ramai di kalangan kita punyai tabiat menghadap
komputer selama berjam-jam?
Betapa
pun, tanpa mengambil contoh Bill Gates, laporan jurnal Social Science and Medicine hasil kajian Universiti Yale serta
majalah Medical Daily, kita sendiri
boleh merasai perbezaan ketara jika kita cuba membandingkan sendiri kesan
membaca buku dan juga e-book. Kita
tahu membaca buku punyai manfaat yang lebih daripada membaca melalui e-book.
Mereka
di dalam industri buku di negara ini juga perlu melihat tabiat membaca dari
sudut psikologi dan kesihatan. Tidak semata-mata melihat dari sudut kewangan.
Jika dilihat daripada sudut duit sahaja, mereka yang di dalam industri ini akan
risau kepada persoalan mengapa buku tak laku?
Sebaliknya, apabila mereka melihat ia daripada sudut keperluan manusia kepada buku sebagai ilmu, maka mereka akan bertindak dengan apa sahaja secara semerta untuk menyelamatkan khalayak pembaca Malaysia yang kebuluran bahan untuk santapan minda!
Insya-ALLAH artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 7.2.18.
Sebaliknya, apabila mereka melihat ia daripada sudut keperluan manusia kepada buku sebagai ilmu, maka mereka akan bertindak dengan apa sahaja secara semerta untuk menyelamatkan khalayak pembaca Malaysia yang kebuluran bahan untuk santapan minda!
Insya-ALLAH artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 7.2.18.
No comments:
Post a Comment