Piccredit: msi college
BAGAIMANA
KITA MENGUKUR KEJAYAAN?
RAMAI yang inginkan kejayaan dalam apa jua bidang
yang diterokai. Daripada jumlah yang mahukan kejayaan, hanya sebahagian sahaja
yang bertindak dan bergerak untuk memperoleh kejayaan itu. Sebahagian daripada mereka
hanya memikirkan mengenai kejayaan tanpa melakukan apa-apa. Jika begitu, mereka
sebenarnya sedang menempah kegagalan kerana kebarangkalian untuk gagal itu
lebih besar jika tidak melakukan apa-apa.
Kejayaan mencapai sesuatu yang diimpikan itu adalah
suatu nikmat. Ia nikmat apabila berasa puas memperoleh apa yang diusahakan setelah
mengorbankan masa, tenaga dan material untuk menggapainya. Lagi banyak
pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai sesuatu yang diidamkan, lagi besar
rasa nikmat di atas kejayaan itu.
Apabila berjaya, kesemua yang berjaya itu mahu agar
kejayaan itu sentiasa di tangan. Ramai juga yang mahukan ia kekal dan inginkan pula
kejayaan yang lebih besar. Untuk memateri kejayaan, maka strategi dan taktik yang
selama ini digunapakai untuk mencapai kejayaan akan dijadikan rujukan. Strategi dan taktik sama digunakan secara
berulang dikenali sebagai formula kejayaan.
Andainya kejayaan dapat dikekal atau
dilipatgandakan dengan menggunakan formula yang sama, maka lama kelamaan
seseorang yang berjaya itu akan punyai persepsi bahawa formula yang digunakan
itu kalis kegagalan. Inilah yang menyebabkan seseorang itu terus menerus menggunakan
formula yang sama kerana takut, pendekatan yang lain akan menemui kegagalan.
Malangnya, formula yang mencetak kejayaan itu bisa
menjadikan seseorang itu berasa hebat. Perasaan sombong dan besar kepala mula menyelinap di
sanubari dengan kejayaan yang diperoleh. Perangai ini akan memakan diri apabila
seseorang itu terlupa hakikat bahawa tidak ada suatu pun yang kekal di dunia
ini. Dinamika suasana dan elemen-elemen yang mempengaruhi pola kejayaan itu
pula sentiasa berubah. Kerana itu, tidak akan ada formula kejayaan yang kekal. Samada
cepat atau lambat, formula yang berjaya akan menjadi lemah kerana hilang
auranya. Pengguna formula kejayaan itu akhirnya
akan menemui kegagalan secara perlahan-lahan mahupun secara mengejut. Dia
hanya sedar yang dia kian lumpuh tatkala keadaan sudah terlewat. Secara
analoginya, dia perlu bingkas bangun dan berlari dari kegagalan jika tidak mahu
lemas di dasarnya.
Dalam pada itu, ada juga di antara mereka yang amat
berhati-hati dengan kejayaan yang diperoleh. Peka menjaga setiap sudut komponen
kejayaan itu seperti menjaga enjin kereta yang diservis secara berkala. Kejayaan
yang dirangkul itu dipertahankan bagai menatang minyak yang penuh. Dalam apa
jua tindakan, orang yang berjaya itu tidak mahu rugi walau sedikit. Kekalahan
sementara begitu menakutkan kerana dalam fikirannya, kekalahan yang kecil itu
menandakan kegagalan sedang menanti untuk menghancurkan apa yang diusahakannya.
Mereka paranoid jika bersikap begini. Kesilapan
kecil dilihat sebagai suatu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan. Ini
pula akan menakutkan mereka yang di sekelilingnya. Lazimnya, sistem sokongan
daripada keluarga dan sahabat handailah yang memungkinkan sesebuah kejayaan
itu. Apabila mereka sudah takut untuk menegur, ini akan merugikan orang yang
berjaya untuk mendapat maklumbalas agar kejayaannya itu terus diperkekal.
Kejayaan berformula yang cuba dipertahankan dengan melakukan
perulangan tindakan akan gagal juga akhirnya. Begitu juga kegagalan akan datang
pada kejayaan yang terlalu diperkukuhkan dengan tindakan-tindakan yang rigid
dan statik. Kejayaan tidak boleh ditangani secara sambil lewa, apatah lagi
secara keras dan autokratik.
Justeru, bagaimana cara kita mengekalkan kejayaan?
Yang harus dilihat dalam sesebuah kejayaan itu adalah makna kejayaan itu
sendiri kepada tiga komponen iaitu kejayaan terhadap mental, fizikal dan
spiritual kita. Jika kejayaan itu mengubah kita menjadi sentiasa positif, tidak
takut untuk terus mencuba, tidak hairan dengan sedikit kekecewaan, maka itu
adalah kejayaan mental.
Seandainya kejayaan itu menjadikan kita sentiasa
bertenaga, segar dan tidak suka bermalas-malasan seperti tidur berlebihan dan
di luar masa, maka ia kejayaan fizikal. Sekiranya pula kejayaan itu memberi
kita ketenangan, lapang dada dan semakin mengutamakan ALLAH swt dalam setiap
urusan, maka kita berjaya daripada segi spiritual.
Malangnya, pada hari ini kita sentiasa mengukur
kejayaan daripada aspek material iaitu harta dan wang ringgit. Jika itulah kayu
ukurnya, maka pada hakikatnya, tidak ada manusia yang berjaya di dunia ini.
Insya-ALLAH, artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 28.12.16.
Insya-ALLAH, artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 28.12.16.
Your car might be stolen if you don't keep this in mind!
ReplyDeleteImagine that your vehicle was taken! When you visit the police, they inquire about a specific "VIN decoder"
A VIN decoder is what?
Similar to a passport, the "VIN decoder" allows you to find out when the car was born and who its "parent"( manufacturing plant) is. You can also find out:
1.The type of engine
2.Model of a vehicle
3.The limitations of the DMV
4.The number of drivers in this vehicle
You will be able to locate the car, and keeping in mind the code ensures your safety. The code can be checked in the database online. The VIN is situated on various parts of the car to make it harder for thieves to steal, such as the first person's seat on the floor, the frame (often in trucks and SUVs), the spar, and other areas.
What happens if the VIN is intentionally harmed?
There are numerous circumstances that can result in VIN damage, but failing to have one will have unpleasant repercussions because it is illegal to intentionally harm a VIN in order to avoid going to jail or the police. You could receive a fine of up to 80,000 rubles and spend two years in jail. You might be stopped on the road by a teacher.
Conclusion.
The VIN decoder may help to save your car from theft. But where can you check the car reality? This is why we exist– VIN decoders!
Для возможности обладать возможность управлять погрузчиком, необходимо пройти особое обучение и успешно сдать экзамены, свидетельствующие знания в этой области. Удостоверение тракториста-машиниста предоставляется в Гостехнадзоре и в обязательном порядке для тех, кто планирует работать на специальной технике - https://onpravar.com/spectehnika/pogruzchik
ReplyDelete