APAKAH KITA AKAN DIKUASAI ROBOT?
Keutamaan di antara kualiti dan kuantiti sering diperdebatkan. Ada pandangan
mengatakan, bila kita terlalu menitikberatkan kualiti, maka kita tidak akan
dapat mencapai sasaran kuantiti. Sebaliknya, apabila kita menekankan kuantiti,
maka kualiti pula terabai. Pendek kata, kualiti itu penting, tetapi ia
melambatkan produktiviti. Kuantiti pula mustahak, tetapi kecepatan untuk
meningkat kuantiti boleh menjadikan hasil yang tiada kualiti.
Bagaimana
pun, kita hidup di dunia yang serba pantas. Kesemuanya menjadi cepat,
kesemuanya mahu laju. Kenderaan dan lebuhraya menjadikan perhubungan kita dari
sebuah tempat ke sebuah tempat menjadi sekejap. dunia komunikasi pula apatah
lagi. Apa yang berlaku di hujung dunia dapat ditonton kita pada real time secara live. Malah, kita boleh tatap apa yang anak kita lakukan di luar
negara pada bila-bila masa. Seolah-olah mereka berada di depan mata.
Di
bidang pekerjaan, komputer mengganti mesin taip, mesin fotostat mengganti
kertas karbon dan surat yang hendak dipos diganti dengan e-mel. Semua kecepatan itu meningkatkan
produktiviti. Teknologilah yang membolehkan kecepatan itu dapat dilakukan
dengan tepat. Bidalan kata, biar lambat asal selamat sudah tidak relevan. Kini,
kita boleh berkata, biar cepat asal selamat. Kuantiti dan kuantiti boleh
seiring!
Bagaimana
pun, manusia yang berdepan dengan teknologi yang pantas ini perlulah
mengendalikan usahanya dengan lebih cekap. Jika kita lihat pekerja di sesebuah
premis makanan segera, mereka bekerja pantas menyiapkan burger. Kita lihat cara
kerja mereka semua adalah serupa. Mereka sudah melalui latihan prosedur operasi
standard agar mereka menyiapkan hidangan mengikut disiplin dan tatakerja yang
telah ditetapkan.
Jika
salah seorang daripada mereka melanggar sistem yang telah ditentukan, seluruh
operasi premis makanan segera itu akan terjejas. Penyediaan makanan boleh jadi
lambat, hiasan pada hidangan tidak molek, pembungkusan juga menjadi tidak elok.
Manusia juga, meskipun hidup di era yang serba pantas ini, mereka juga perlu
bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Daripada satu segi, manusia
memang merobotkan dirinya. Malah, sebahagian daripada kerja mereka bakal
diganti dengan robot.
Barangkali
ramai yang tidak perasan akan kewujudan robot bernama Sophia. Robot yang
dimajukan oleh Hanson Robotics, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong
itu begitu canggih kerana boleh memimik 62 ekspresi pada wajahnya. Ia juga
telah banyak kali ditemubual oleh media di merata dunia. Kepakaran pasukan
penciptanya telah menjadikan Sophia bijak menjawab pelbagai soalan sepetah seorang
manusia. Kelakar juga apabila negara Arab Saudi memberi kerakyatan Sophia pada
tahun lalu!
Kita akan
berdepan dengan pelbagai jenis robot pada masa hadapan. Meskipun pada hari ini
kita mula berinteraksi dengan ciptaan yang punyai ciri-ciri robot seperti
aplikasi GPS yang memberi arahan kepada perjalanan kita serta bersoal jawab
dengan alat Google Home, kewujudan robot-robot yang mempunyai artificial
inttelligence akan berada di sekeliling.
Berbeza
daripada robot yang berbentuk robot seperti di filem Star Wars, robot pada hari
esok akan punyai bentuk manusia seperti Sophia. Di kala itu, mahu tidak mahu
kita akan berebut dengan robot-robot itu, misalnya, kita berebut menaiki MRT.
Siapa tahu pada masa akan datang, apabila robot menjadi pembantu rumah, kita
cemburu dengan robot yang pandai melayan kerenah anak hingga si anak lebih
mendengar cakap robot daripada cakap kita.
Kita mungkin
tertawa dengan keadaan ini. Dahulu, serba-serbi dirasakan hanya fantasi dan
fiksi. Tetapi kini apa yang tertayang di filem bakal berlaku. Kita akan hidup
dengan robot-robot ini. Kita akan bersaing, malah ada banyak kemungkinan yang
menjadikan kita kalah dengan mereka!
Kerana itulah,
siang-siang lagi kita perlu memahami akan kehadiran ciptaan berupa manusia ini.
Ia dicipta sebagai alat, sebagai hamba kepada manusia. Tetapi, jika kita
terpesona dan asyik dengan kepintaran palsu ciptaan itu, kehidupan kita akan
tenggelam dalam ciptaan teknologi itu.
Sebagai
manusia, kita masih khalifah di muka bumi. Meskipun kita tidak sepantas robot yang
juga sejenis mesin untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan berkuantiti, kita
punyai roh, punyai emosi, budi bicara dan cinta yang membezakan kita daripada
ciptaan itu.
dede
Cuma, pengukur
apakah kita akan menang atau tewas dengan mesin itu pada masa akan datang
terletak pada telefon pintar. Apakah kita menguasai telefon itu atau telefon
itu yang menguasai kita?
Insya-ALLAH artikle ini akan terbit i akhbar Sinar Harian pada
No comments:
Post a Comment