piccredit: GBK
TABIAT BELI BUKU
SUDAH KEMBALI
TIBA-TIBA berbondong-bondong warga Lembah Kelang berkunjung ke premis Kumpulan Media Karangkraf untuk membeli buku-buku di Jualan Gudang Akhir Tahun 2018 anjuran syarikat itu. Sejak ia bermula pada 2 November lalu, seluruh dewan dan studio sesak dengan para pengunjung di mana buku-buku termasuk al-Quran ditawarkan dengan harga yang murah.
Rata-rata,
para petugas di Kumpulan Media Karangkraf merindui suasana kesesakan seperti
ini. Mereka terkejut dengan kedatangan para peminat buku yang memilih buku
hingga berbakul-bakul. Kemudian mereka sabar pula berbaris panjang menunggu
giliran untuk membayar. Kenapa ya? Apakah pembaca buku sudah kembali kepada
tabiat membaca?
Bagi saya,
pembaca buku tetap dengan minat mereka itu. Mana mungkin mereka meninggalkan
tabiat yang sudah berakar di sanubari? Mereka bukannya berhenti membaca, tetapi
berhenti membeli kerana fikiran mereka berserabut dengan pelbagai perkara
hingga mengenepikan tabiat membeli buku buat seketika.
Ini semua di
antaranya kerana mob psychology yang
mereka alami, kesan daripada media sosial. Sebaik sahaja GST dilaksanakan pada
2015, mereka heboh memperkatakan mengenai kenaikan harga barangan. Dalam
fikiran rakyat, semua barang naik harga. Oleh kerana tuduhan kenaikan harga
barang kerana GST menjadi tular, buku yang menjadi santapan minda bukan menjadi
pilihan utama kerana mereka akan menumpukan kepada santapan perut.
Kita lihat
pada hari ini, apabila SST diperkenalkan kembali dan harga barangan tidak pula
turun, tidak ramai pula yang kompelin di media sosial. Oleh kerana itu, orang
mula berbelanja tanpa kebimbangan itu di fikiran! Harga barangan yang semakin
meningkat ini juga sudah sampai ke tahap di mana orang ramai sudah mangli dan
menerima realiti dan berbelanja kembali.
Tiga empat
tahun lalu menyaksikan kemunculan syarikat-syarikat indies yang menyemarakan dunia perbukuan. Syarikat-syarikat ini
menerbitkan buku yang lebih hip dan cool. Apabila mereka menggunakan bahasa
yang lebih selamba dan sedikit nakal, ia menarik golongan awal remaja yang
baharu ingin mengenali dunia pembacaan buku.
Mereka
menerbitkan buku dalam jumlah yang sedikit, kurang daripada satu hingga tiga
ribu naskhah cetakan bagi setiap judul. Ini membolehkan mereka menerbitkan
lebih banyak judul pada satu-satu masa. Teknologi print on demand memungkinkan kemunculan berbelas-belas syarikat
buku indies. Buku-buku ini
menenggelamkan terbitan daripada syarikat-syarikat buku gergasi.
Jika
dianggarkan 20 buah syarikat buku indies menerbitkan
empat judul sebulan, mereka dapat pamerkan 80 judul. Bila dibandingkan dengan
lima syarikat buku gergasi yang menerbitkan empat judul juga sebulan, hanya 20
judul buku dari syarikat-syarikat ini yang terpamer. Nisbah 1:4 memperlihatkan
seolah-olah buku-buku indies menguasai
pasaran kerana judulnya lebih banyak terpamer di gedung-gedung buku.
Akibatnya,
para pembaca buku popular dan konvensional yang memenuhi kedai-kedai buku sukar
menemui buku-buku yang mereka ingini. Perlahan-lahan mereka meninggalkan kedai-kedai
buku dan berhenti membeli. Pada waktu yang sama, golongan awal remaja yang
baharu membeli kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu meninggalkan dunia
membaca buku apabila galak pula membaca di aplikasi e-buku yang lebih santai
dan percuma.
Golongan
pembaca konvensional. yang minatkan buku-buku popular berhenti mengunjungi
kedai buku kerana tidak menemui buku-buku yang mereka minati. Golongan awal
remaja yang minat membaca hanya kerana kegilaan sementara juga berhenti
mengunjungi kedai-kedai buku. Akhirnya, kedai-kedai buku menjadi sunyi. Ramai
yang beranggapan bahawa orang Malaysia sudah malas membaca.
Saya tidak
fikir begitu. Sebaliknya saya lihat ini sebagai kesan pertembungan khalayak
pembaca dewasa dan pembaca muda hasil daripada kemunculan syarikat-syarikat indies yang kecil tetapi tangkas,
berlawan dengan syarikat-syarikat buku gergasi. Ia mengakibatkan gempa yang mengubah
lanskap industri buku di negara ini.
Kini,
banyak syarikat-syarikat indies dah
gulung tikar kerana golongan remaja yang membaca buku kerana suka-suka
mengikiut tren sudah asyik dengan telefon masing-masing. Syarikat-syarikat
gergasi pula lelah dengan bagasi ribuan terbitan buku masing-masing di setor.
Cara menukar aset agar tidak menjadi liabiliti ialah dengan mencairkannya. Jualan
murah adalah jawapannya.
Iya.
Jualan diskaun besar sentiasa akan menarik sesiapa sahaja untuk berbelanja.
Jika syarikat-syarikat buku mengambil tindakan kamikaze dengan menjual murah,
mereka punyai harapan untuk mengumpul kembali para peminat buku yang sudah
berselerakan. Mereka akan membina kembali customer
base yang runtuh.
Membeli
adalah satu tabiat. Penerbit harus menggalakkan tabiat membeli buku supaya
tabiat membaca kembali rancak dan segar.
ReplyDeleteAGEN TOGEL ONLINE TERPERCAYA CERIA4D
WA : +62 82393544066
#PROMO CERIA
-BONUS DEPO 10RB
-BONUS NEXT DEPO 1%
-BONUS REFFERAL 2%
-JACKPOT 4D 3D 2D NO HP TOTAL HADIAH 5 JUTA !!
-LOMBA GRUP HADIAH RATUSAN RIBU !!
- TERSEDIA DEPOSIT VIA " PULSA "
- LIVE GAME CASINO & SBOBET (BOLA)
- Fitur Game Casino (POKER , SBO )
- BEBAS LINE 2D/3D/4D
_________________________________________
DISCOUNT TOGEL dibawah ini :
>2D DISCOUNT : 29% x 70
>3D DISCOUNT : 59% x 400
>4D DISCOUNT : 66% x 3.000
LINK DAFTAR:
WWW . JPCERIA . COM
CERIA4D
BANDAR TOGEL ONLINE
TOGEL ONLINE
CERIA4D
BANDAR TOGEL ONLINE
TOGEL ONLINE
JUDI ONLINE
BANDAR ONLINE
TUKANG TOGEL
AGEN TOGEL
MAIN TOGEL
BANDAR TOGEL
JPCERIA
CERIA4D BANDAR TOGEL
DAFTAR CERIA4D