Piccredit: crisismagazine.com
INGIN JADI INSAN
ATAU ORANG?
DARIPADA perpektif sosiologi, setiap
kelompok masyarakat mempunyai norma masing-masing. Norma-norma ini merupakan
persefahaman tidak rasmi yang menentukan sikap anggota di dalam masyarakatnya.
Kumpulan-kumpulan kecil seperti dalam sebuah pasukan sukan atau jabatan akan
mempunyai peraturan yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh setiap anggotanya. Ia
merupakan nilai, adat mahupun tradisi yang dipersetujui bersama.
Manusia adalah makhluk yang hidup
bermasyarakat. Oleh kerana itu dia perlu akur dengan sesuatu norma kumpulan
yang dipilihnya mahupun norma di mana dia berada. Ia menepati peribahasa masuk
kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek. Atau, di mana bumi
dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika dia tidak mematuhi norma
masyarakatnya, maka dia akan dicerca dan dihina. Malah, boleh sahaja
dipulaukan.
Namun, pada hari ini kebergantungan
manusia kepada teknologi kian meningkatkan sikap individualistik seseorang. Jika
dahulu, seseorang itu amat mudah berasa sendirian apabila dia dipulaukan
masyarakat kerana tidak mematuhi norma masyarakatnya. Kini, seseorang itu tidak
berasa sendirian lagi kerana dia punyai ribuan manusia di luar kelompokyang
akan bersimpati dengannya.
Jika dahulu, sepasang kekasih yang
ditangkap basah akan malu berpanjangan apabila satu kampung mengetahui akan
angkara mereka. Apabila dicemuh, dicaci dan diumpat, mereka akan berasa begitu
terasing kerana kesalahan mereka. Akhirnya mereka akan malu, insaf dan serik
untuk melakukan kesilapan itu.
Pada hari ini, mereka yang begitu
boleh pula berbangga dengan angkara yang mereka lakukan kerana ada sahaja
mereka di luar kelompok masyarakat yang bukan sahaja memujuk mereka agar
bersabar, malah turut memuji tindakan mereka.
Akhirnya, pada hari ini sesiapa
sahaja akan berani melakukan apa sahaja yang mencarik adat kerana mereka tahu,
akan ada mereka yang akan mengalu-alukan tindakannya yang bertentangan dengan
norma masyarakat setempat. Dunia benar-benar tiada sempadan. Seseorang yang
tinggal di dalam masyarakat yang berpegang kepada norma timur boleh mendapat
sokongan mereka yang berpegang kepada norma barat.
Teknologi komunikasi telah merentas dunia. Tiada sempadan yang mana betul dan yang mana salah kerana majoriti akan sentiasa dianggap betul. Justeru, suara siapa yang lebih lantang, siapa yang lebih garang, maka suara itulah yang dianggap sebagai benar.
Teknologi komunikasi telah merentas dunia. Tiada sempadan yang mana betul dan yang mana salah kerana majoriti akan sentiasa dianggap betul. Justeru, suara siapa yang lebih lantang, siapa yang lebih garang, maka suara itulah yang dianggap sebagai benar.
Kerana itulah, ada di kalangan kita
yang berani sekali melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma
masyarakatnya. Misalnya, ada insan Islam yang sengaja mahu memegang anjing
tidak berasa dirinya tersisih meskipun ditegur oleh para ilmuan agama.
Dia boleh dengan sengaja menolak
pandangan yang tidak sesuai dengan pegangannya yang menggunakan hujah logik
akal untuk mempertahankan tindakan yang tidak manis pada pandangan agama. Tidak
perlu peduli samada tindakannya itu menimbulkan sensitiviti masyarakat setempat
kerana ada ratusan manusia di luar kelompok masyarakat setempat yang bersimpati
dan menyokong tindakannya.
Dengen perkembangan teknologi
komunikasi, norma masyarakat setempat tidak dapat membentuk individu di dalam
masyarakat itu sendiri. Malah, ia telah melahirkan manusia yang berfikiran
sejagat. Seseorang itu bukan lagi dibentuk oleh masyarakat setempat.
Sebaliknya, peribadi seseorang itu dibentuk oleh apa yang menjadi pilihan
majoriti manusia di dunia.
Apa akan terjadi sekiranya kita
mengenepikan norma masyarakat setempat dan mengambil norma masyarakat dunia
yang dipelajari melalui teknologi komunikasi seperti internet? Meskipun kita
akan berasa diri ini berfikiran terbuka, sebenarnya kita akan tenggelam di
dalam arus mentaliti ternakan atau herd mentality.
Ini adalah kerana, pemikiran,
citarasa, perangai dan anutan kita ini akan sama dengan manusia lain. Berbangga
menjadi universal man atau global person, tetapi sebenarnya kita
seperti mana-mana binatang ternak yang perangainya serupa. Ayam di timur dan
ayam di barat itu sama sahaja perangai, malah rupanya!
Manusia itu insan yang berseni kerana
jiwa raganya itu sendiri adalah seni.
Seni itu berbeda. Seni akan hilang andainya ada persamaan. Lihatlah cantiknya
seni garisan-garisan di ibu jari. Memang sukar sekali untuk menemui seseorang
yang mempunyai garisan di ibu jari yang serupa dengan kita. Inilah uniknya
suatu kejadian makhluk yang bernama manusia.
Justeru itu, jika kita relakan diri
menjadi seperti mana-mana manusia lain di mukabumi ini, kita mahu jadi orang
dan bukannya insan. Maka kita samalah seperti buih ~ banyak tetapi ghaib dari
pandangan secara tiba-tiba.
Insya-ALLAH artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 12.7.17.
Insya-ALLAH artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 12.7.17.
No comments:
Post a Comment