MARI KITA CARI JODOH
ISTILAH ‘jodoh’
lazimnya dikaitkan dengan soal pasangan
lelaki dan perempuan dalam konteks perkahwinan. Jarang sekali kita fahami istilah
jodoh ini dalam ertikata yang lebih
luas. Kamus DBP menjelaskan, jodoh itu mempunyai tiga maksud iaitu mengenai
pasangan hidup, pasangan bagi benda dan juga membawa maksud sesuai atau
secocok.
Maknanya jodoh
itu berkait rapat dengan manusia, benda dan juga situasi. Justeru itu, jodoh tidak
semestinya mengenai perkahwinan sepasang lelaki dan perempuan. Malah, jodoh
boleh digunakan dalam konteks persahabatan ~ kita sekepala, sebulu, sepasukan ngam dan geng dengan seseorang.
Ia boleh juga
diguna dalam konteks perniagaan. Apabila syarikat A bersetuju untuk bekerjasama
dengan syarikat B, mereka menandatangani memorandum persefahaman. Kemudian
kedua-dua syarikat ini mengadakan usahasama atau joint-venture. Barangkali akhirnya syarikat A dan syarikat B
bergabung menjadi sebuah entiti perniagaan yang dikenali sebagai syarikat A
& B, misalnya.
Maknanya, jodoh dalam konteks yang lebih luas ini sangat penting.
Apabila kita bekerja di sesebuah tempat, kita berasa selesa kerana punyai rakan
sepejabat yang saling memberi kerjasama, membantu tatkala kita hendak
menyiapkan tugas, menjadi teman untuk makan, boleh bergurau senda dan
perhubungan itu membawa kepada jalinan sesama keluarga di luar waktu kerja.
Begitu juga, apabila kita memasuki sesebuah persatuan, kita dikira
punyai jodoh di dalam persatuan itu apabila kita saling sokong menyokong dalam
mengadakan aktiviti, sentiasa mencari masa terluang untuk hadir menjalankan
sesebuah program dan sama-sama menyelesaikan apa jua maslaah yang timbul.
Jodoh dengan jiran pula ialah saling tegur menegur, memberi ruang rumah
sendiri untuk kenduri kendara, seluruh isi keluarga dilayani seperti keluarga
sendiri, saling membantu dalam kesusahan dan sama-sama bergembira apabila salah
seorang daripada anggota keluarga jiran kita mendapat sesuatu kejayaan.
Jodoh kita dalam konteks persahabatan pula amat unik. Masing-masing
mungkin berpuluh tahun tidak bertemu. Namun, apabila berjodoh dalam
persahabatan itu, kita bersusah payah menghadiri majlis perkahwinan anaknya
walaupun ia diadakan jauh beratus kilometer. Kita senang hati mengajaknya
bermalam andainya dia tersesat ke tempat kita. Dan, kita akan menziarahi dia
apabila mendapat berita yang dia memasuki hospital. Pendek kata, apa jua hal di
antara kita yang melibatkan hal individu atau kumpulan dalam hal ehwal
persahabatan, kejiranan, pejabat dan persatuan, ia adalah mengenai soal jodoh.
Justeru itu, jodoh itu adalah salah satu faktor perhubungan manusia yang
mustahak. Buat apa mencari kawan yang tidak sekepala, mencari kerja yang
membuat kita saban hari berniat untuk berhenti kerja, berpersatuan tetapi
sentiasa berbalah dan berjiran tetapi tidak bertegur sapa?
Sebaliknya, kita mahu kawan yang jadi sahabat, tempat kerja yang kita
anggap sebagai rumah kedua, persatuan yang sejiwa memperjuangkan sesuatu misi secara
kumpulan dan jiran yang seperti saudara. Mengapa kita entengkan hal jodoh dalam
perhubungan manusia? Perasan tak, oleh kerana kita tidak memasang niat lalu
memupuk dan mempertahankannya sepertimana jodoh kita dengan pasangan, maka kita
punyai masalah di dalam jodoh kita di pejabat, jiran, persatuan dan juga persahabatan.
Hampir semua daripada kita tahu mahupun faham cara mencari jodoh
pasangan. Ada banyak sumber ilmunya. Ada ceramah, buku, drama TV, saudara mara
dan kawan-kawan yang boleh dijadikan sumber rujukan. Tetapi, bagaimana hendak
mencari jodoh dalam pekerjaan, persahabatan, kejiranan dan persatuan?
Saya teringat konsep Prinsip Mastermind
yang diutarakan oleh Napoleon Hill dalam bukunya Think and Grow Rich pada
tahun 1937. Buku yang saya tatap pada tahun 80an itu menyebut, ‘Prinsip Mastermind itu adalah koordinasi
pengetahuan dan usaha di antara dua atau lebih manusia untuk sesuatu tujuan
dalam semangat harmoni. Dua minda akan bergabung menghasilkan tenaga sebuah
minda ketiga yang dikenali sebagai mastermind.
Kesimpulannya,
keharmonian fikiran akan membentuk sebuah tenaga yang menghasilkan pemikiran
baharu yang dinamakan sebagai Mastermind. Iya. Apabila kita mahu jodoh kita
panjang dengan mana-mana individu lain, yang penting kita mesti sama-sama
mempunyai keharmonian fikiran.
Dalam bahasa
mudahnya, kita mestilah sekepala dengan orang lain. Untuk sekepala, kita
mestilah bertimbangrasa, bertoleransi, saling menghormati idea dan pemikiran
orang lain. Kita tidak boleh hanya setuju pada sesuatu apabila ia menguntungkan
kita. Ataupun memandang remeh mahupun mengekang pada pemikiran selain daripada
apa yang kita setujui.
Seandainya itu
berlaku, maka jodoh kita dengan mana-mana pihak yang lain tidak akan panjang.
Kita lihat ada banyak kes mereka yang berhenti atau diberhentikan kerja,
pergaduhan sesama jiran, kawan makan kawan dan rakan sepertubuhan politik
berpatah arang.
Kita kenalah
merenung… jodoh kita selain dengan pasangan juga penting demi keharmonian
hidup.
Insya-ALLAH artikel ini akan terbit di akhbar SInar Harian pada 4.7.18.
Insya-ALLAH artikel ini akan terbit di akhbar SInar Harian pada 4.7.18.
Saya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.
ReplyDeleteNah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....
Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
Juga pada whatsapp 12027538718
untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya
Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com
Apakah Anda tertarik dengan pinjaman? Di RIKA ANDERSON LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan kepada semua individu "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman rumah dan perusahaan pinjaman di seluruh dunia, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran dan bantuan keuangan kepada kami klien dan pelamar Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan membutuhkan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat mendiskusikannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Industri Bank.
ReplyDeleteKategori Bisnis
Bisnis Merchandising.
Bisnis manufaktur
Bisnis Hibrid.
Kepemilikan tunggal
Kemitraan.
Perusahaan.
Perseroan terbatas.
pinjaman pribadi.
pinjaman investasi.
Pinjaman Pinjaman.
Kredit kepemilikan rumah.
PERUSAHAAN PINJAMAN
Website: rikaandersonloancompany.webs.com
Email: rikaandersonloancompany@gmail.com
CEO Tel.: +1(914)705-7484
Whatsapp: +19147057484
Manajer Cabang: + 1-267-725-6459
Facebook: Rika Anderson Alfreda
Instagram: Rikaandersonloancompany.alfred
Twitter: #Rikaanderson
Kantor Pusat: 228 Park Ave S, New York, NY 10003-1502, AS
Pajak / CAC /: 1095/0730/2028
Mahkamah Agung Kabupaten New York, NY9016 34001
https://rikaandersonloancompany.webs.com/