duncandrews.files.wordpress
BERTANYALAH pada mereka yang berusia lebih 20 tahun: apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, ‘ya’ inilah bidang yang mereka ingin ceburi.
BERTANYALAH pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun: apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.
Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah ‘tidak!’
OKEYLAH, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!
Mengapa terjadi begini? Mengapa cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya DIA berkuasa terhadap apa sahaja?
Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.
Kerana apa? Kerana ALLAH tidak mahu kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of our destiny, lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-NYA.
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)
di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
~ Al- Hadid: 20
CITA-CITA KITA
YANG TAK PERNAH
MENJADI!

Justeru itu, janganlah terlalu berbangga
bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya
apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah
hak Pencipta seluruh alam ini.

benar. tapi tak bermakna tidak boleh terus bermimpi. teruskan bermimipi dan minta perancangan terbaik daripada Allah.
ReplyDeleteALLAH suruh kita berusaha...jaya atau tidak bukan ketentuan kita. Kalau dah awal-awal lagi dah give up maka surelah itu kita yang gali lobang dan timbus sendiri.
ReplyDelete"...kita merancang dan ALLAH lah yang MAHA PERANCANG.."
Salam Encik Eyman...
ReplyDeleteNampaknya, bukan saya seorang yang gagal mencapai cita-cita yang dipupuk sejak dari kecil.
Pada pendapat sayalah, Encik Eyman, sejak saya duduk di luar negara ni, salah satu perkara positif yang saya lihat pada rakan-rakan saya berbangsa Australia ini ialah mereka benar-benar memerhati minat anak-anak mereka. Anak seorang teman sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Seorang lagi, menjadi pelukis jalanan tapi mempunyai ijazah. Begitu juga dengan anak seorang lagi kawan yang menjadi pemandu lori treler. Emak masing-masing tidak langsung malu, malah berbangga sungguh dengan kerjaya anak-anak mereka. Pada mereka, minat penting dalam membina kerjaya. Betul rasanya pendapatnya itu sebab saya tengok, anak-anak mereka sentiasa gembira dengan diri masing-masing. Seperti tidak ada masalah langsung.
Saya rasa, di Malaysia, tidak ramai ibu bapa yang berbuat begitu. Maksud saya, meneliti ke mana condongnya minat anak-anak dan meluangkan masa untuk membantu anak-anak memupuk minat tersebut. Sebab itu agaknya ramai yang gagal (atau mungkin lambat) mencapai cita-citanya, termasuklah saya. Wallahualam.
Seorang kawan pernah berkata, "Kita kena bina istana di awang-awangan dulu sebelum membina istana itu di atas tanah. Hmm... sekarang saya sedang cuba membina istana di awangan. Dan sekarang, saya sedang mempraktikkan teori-teori Einstein ni: 1. You have to learn the rules of the game. And then you have to play better than anyone else.
2. Once we accept our limits, we go beyond them.
Semoga diberkati ALLAH.
Ada benar apa yang dikatakan oleh saudara. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik atas apa yang kita impi dan cita-citakan. Dimaksudkan yang terbaik itu adalah, cita-cita kita itu tidak membawa kita ke jalan yang sesat. Mungkin Allah SWT tidak membenarkan cita-cita kita itu dicapai atas sebab-sebab tertentu.
ReplyDeleteMungkin cita-cita kita itu akan membawa kita ke lembah kehancuran, walaupun nama atau jenama cita-cita itu tidak sinonim dengan lembah kehancuran yang kita akan terjerumus.
Tidak salah kita bercita-cita, kerana cita-cita itu salah satu dari perangsang hidup kita. Tetapi sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dikurniakan hanya yang terbaik untuk kita.