Photo credit: celahgelegar.blogspot
MENJADI PENONTON
YANG BIJAK
YANG BIJAK
DALAM hidup ini, kita lebih kerap menjadi penonton daripada pelaku. Tidak kiralah
sama ada kita menjadi penonton silap mata si penjual ubat di Chow Kit,
kemalangan jalan raya, wayang, televisyen, opera, pementasan, konsert, ceramah,
acara sukan mahupun di galeri mahkamah; biasanya orang lainlah yang menjadi
tumpuan kita. Ramai di antara kita pula jarang sekali menjadi tontonan orang.
Sebagai
penonton, reaksi kita tentulah berbeza mengikut tempat dan suasana. Tatkala
menonton televisyen, siaran bolasepak di rumah, kita boleh buat apa yang kita
suka. Kita boleh tertawa sekuat hati, menjerit, menendang dan menari kerana
kita berada di rumah. Suasana yang privasi membolehkan kita ekspresif dalam menzahirkan
perangai peribadi yang hanya orang rapat dengan kita sahaja yang tahu.
Menonton
bolasepak di stadium pula, memerlukan sedikit ketertiban dan timbang rasa.
Meskipun kita boleh juga bersorak sekuat hati, kita tidak boleh memekik ke
telinga orang di hadapan atau menjulang sepanduk hingga melindungi pandangan penonton
di belakang.
Menonton
pementasan teater juga perlu ada etikanya. Reaksi kita perlu seiring dengan
penonton lain. Tertawa kerana terhibur dengan persembahan pun tidak boleh
berlebih-lebihan. Jika tidak, orang akan menjeling kita. Dalam pada itu, menonton
opera pula lebih tinggi tuntutan ketertiban kita sebagai penonton kerana ia
persembahan seni lagi berestetika.
Pendek
kata, kita perlu ada disiplin dan etika walau di mana pun kita berada dalam mana-mana
majlis keramaian. Minda individu yang kita ada perlu disesuaikan dengan minda
sosial bila kita bersama dengan orang lain. Seboleh mungkin, kita perlu menjaga
hati orang lain agar kita tidak dilihat sebagai pengganggu ketenteraman mereka.
Inilah akhlak atau budi pekerti yang baik.
Akhlak
sebagai penonton di dalam sesebuah majlis yang turut dihadiri oleh orang lain menuntut kita menjaga tingkah laku. Tambahan
pula, majlis yang kita hadiri itu lazimnya majlis orang dan kita pula hadir
sebagai tetamu. Meski pun tetamu punyai hak, tetapi pihak penganjur lebih besar
haknya, apatah lagi sekiranya majlis itu adalah majlis yang tidak berbayar.
Dalam
pada itu, jenis tontonan pun ada dua bentuk iaitu sama ada menonton untuk
berhibur atau menonton untuk menimba ilmu. Menonton untuk berhibur seperti
menonton acara sukan, filem dan persembahan tentu sekali lebih santai dan
terbuka. Kita hanya menikmati apa yang disajikan. Pendek kata, tengok dan enjoy.
Sebaliknya
menonton untuk menimba ilmu lain pula gayanya. Konvensyen, seminar, forum,
kuliah dan ceramah memerlukan kita menonton, mendengar dan berfikir apa yang disampaikan
oleh pembentang atau ahli panel kerana mereka pemberi ilmu, bukan penghibur.
Menghormati
orang yang bercakap di hadapan adalah satu kewajipan kerana orang yang
menyampaikan syarahan dan hujah tentulah mereka yang punyai kelayakan dan
pengalaman yang lazimnya jauh lebih hebat daripada kita.
Kerana
itu, tidak molek seandainya kita sebagai penonton menyampuk pada waktu ahli
panel menyampaikan ucapannya. Kita sebagai penonton pun akan diberi masa untuk
bertanya ataupun menyanggah apa yang disampaikannya.
Namun
malang sekali bila ada di antara penonton yang tidak menghormati orang yang di
hadapan. Malah, ada yang sengaja mengambil peluang untuk melepaskan geram,
bukannya menafikan dengan hujah. Dia berani kerana berada di celah-celah
penonton lain.
Kalau
tokoh politik yang bercakap, dicacinya seolah-olah jasanya melebihi daripada
tokoh politik itu. Kalau ahli akademik yang berhujah, dicemuhkan segala fakta
seolah-olah dia sudah punyai berkajang-kajang kertas kerja dan kajian yang
lebih banyak daripada ahli akademik itu.
Kalau
ustaz atau ulamak yang berceramah, diperlekehkan mereka itu seolah-olah dia yang
lebih alim. Walhal solatnya sentiasa di hujung waktu dan baru menghafal tiga
dari 37 surah dalam Juz Amma berbanding dengan ustaz penyampai yang saban malam
berqiamulail dan sudah hafal separuh al-Quran.
Penonton
kenalah ikut cara menonton.
Kalau penonton berasa diri lebih handal,
dia boleh memilih untuk duduk bersama penyampai.
Kalau penonton berasa diri lebih handal,
dia boleh memilih untuk duduk bersama penyampai.
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 18.7.2012, insya-ALLAH...
slm. maaf mencelah. ini menunjukkan org kita sekarang sudah pudar nilai ketimuran yg begitu sinonim dgn kita suatu ketika dahulu, dalam apa jua hal
ReplyDelete