Piccredit: unaidspcbngo.org
KUASA BAHARU
DARIPADA NGO
DARIPADA NGO
BERBANDING sebelum ini, boikot terhadap rangkaian burger McDonald’s tampak berkesan. Tinjauan
akhbar Sinar Harian ke premis-premis restoran itu ke merata bandar di
semenanjung mendapati ia lengang. Nampaknya kemarahan rakyat terhadap Israel
kian membara dan ia dimanifestasikan dengan tindakan boikot itu.
Tetapi
apakah ertinya? Ia adalah petanda penting bahawa masyarakat semakin bebas
berfikir. Mereka juga semakin berani bertindak mengikut apa yang mereka
percayai. Maklumat mengenai McDonald’s dan kaitannya dengan Israel mereka peroleh
melalui pembacaan mereka di risalah, laman web dan juga laman sosial. Siapakah
yang memberi mereka maklumat ini? NGO.
Nampak
gayanya, kempen-kempen NGO semakin mendapat perhatian dan respons rakyat. Sebelum
ini kempen keselamatan jalan raya, kempen anti-merokok, sayangi sungai atau
cintai hijau lazimnya dianjurkan oleh pihak kerajaan ataupun swasta melalui bahagian CSRnya. Kini banyak sekali kempen turut dianjurkan
oleh NGO-NGO. Kempen-kempen ini juga mendapat sambutan. Maknanya NGO semakin
berperanan untuk mencorak pemikiran masyarakat.
Jika
kita singkap kembali pada mana-mana negara yang baharu merdeka, paksi kuasanya
datang daripada orang politik. Orang politiklah yang memimpin rakyat hingga menggembleng
tenaga untuk mencapai kemerdekaan. Setelah sesebuah negara itu bebas, halatuju
negara daripada segi ekonomi, sosial, pembangunan, malah agamanya menerima
sentuhan menyeluruh daripada orang politik.
Apa
jua masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dikemukakan kepada orang politik. Mereka
adalah payung, pemimpin dan penyelamat rakyat. Mereka menjamin masa depan
rakyat yang cemerlang dan sejahtera. Kebergantungan rakyat terhadap orang
politik begitu padu sehinggakan rakyat begitu manja dengan para pemimpin
mereka. Balasan rakyat kepada orang politik pula diterjemah melalui sokongan
yang tidak berbelah bahagi dalam pilihanraya.
Bagaimana
pun, mana-mana negara yang merdeka perlukan pembangunan. Prasarana perhubungan,
pembangunan, pendidikan, keselamatan dan segala-galanya perlukan ongkos. Maka
mana-mana pemimpin politik negara yang baharu merdeka itu akan menyediakan ruang
buat golongan perniagaan untuk sama-sama melabur untuk pembangunan negara.
Golongan
peniaga pula, selain daripada membantu
negara meningkatkan ekonomi melalui usaha perniagaan di peringkat domestik
mahupun antarabangsa, mereka juga mahu memaksimakan
pulangan melalui pelaburan yang minima. Tentu sekali mereka mahu dasar-dasar,
undang-undang dan peluang-peluang yang menguntungkan mereka.
Berikutan
dengan persefahaman di antara orang politik dan perniagaan, lama kelamaan orang
politik pula bergantung pada golongan perniagaan. Samada secara sedar atau
tidak, maka terjadilah pelbagai persetujuan orang politik dan perniagaan yang
bersandarkan kepada keuntungan jangka pendek.
Banyak
dasar dan peraturan yang lurus dibengkokkan supaya pihak kerajaan yang dikuasai
oleh orang politik mendapat sumber kewangan daripada golongan peniaga. Kejayaan
yang berulang pula menimbulkan perangai tamak. Maka kepentingan negara menjelma
menjadi kepentingan peribadi. Orang politik mula terjebak dalam penyalahgunaan
kuasa. Rasuah, nepotisme dan kronisme menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya
menjadi budaya dalam pemerintahan. Maka benarlah kata-kata Lord Acton; Power corrupts. Absolute power corrupts
absolutely.
Kesemua
ini menjadikan golongan rakyat terpinga-pinga. Mengapa orang politik tempat
mereka bergantung harap telah membelakangkan mereka? Mengapa suara-suara
rintihan mereka sudah tidak didengar, malah tidak dipedulikan lagi? Ke manakah
tempat mereka hendak mengadu?
Dalam
pada itu, negara yang semakin lama merdeka akan mempunyai rakyat yang semakin
cerdik. Dengan ledakan maklumat melalui internet, banyak sekali ilmu yang
diperolehi rakyat. Mereka mula mempersoalkan kesilapan dan kesalahan orang
politik yang membuat keputusan.
Dengan
prasarana komunikasi yang hebat, rakyat yang cerdik mula mewujudkan komuniti.
Secara organik, mereka menubuhkan pelbagai kumpulan. Kumpulan sembang bertukar
menjadi kumpulan perbincangan yang serius. Akhirnya mereka menjelma menjadi
NGO.
Orang
politik dan golongan peniaga yang tidak sedar akan wujudnya fenomena ini pada
mulanya tidak pandang sebelah mata pun
terhadap kumpulan ini kerana menganggap NGO-NGO ini sama seperti NGO-NGO yang saban
tahun mendapat dana daripada kerajaan.
Mereka ini berbeza. Tidak perlu beralas kata dalam mengkritik kerajaan kerana mereka memperoleh dana daripada rakyat, pihak luar mahupun menjana melalui aktiviti mereka sendiri. Kepentingan rakyat menjadi kepentingan mereka. Dari rakyat untuk rakyat.
Mereka ini berbeza. Tidak perlu beralas kata dalam mengkritik kerajaan kerana mereka memperoleh dana daripada rakyat, pihak luar mahupun menjana melalui aktiviti mereka sendiri. Kepentingan rakyat menjadi kepentingan mereka. Dari rakyat untuk rakyat.
Maaf
cakap… orang politik dan orang perniagaan yang tidak peka dengan fenomena ini
akan diketepikan seandainya mereka tidak memenuhi piawaian rakyat yang
ditunjangi oleh kuasa baharu ini. Kuasa ini sedang semarak di negara kita ini.
Insya-ALLAH, artikel ini akan terbit apda 13.8.2014.
Insya-ALLAH, artikel ini akan terbit apda 13.8.2014.
No comments:
Post a Comment