Foto: Mywindownintheworld.com
KENAPA BERCAKAP
APA YANG KITA TAK TAHU?
DUA minggu lalu, saya ke majlis perkahwinan anak kenalan saya. Majlis diadakan di sebuah taman perumahan di Kelang, Selangor. Oleh kerana tidak pernah sampai ke rumahnya, saya berpandukan sahaja kepada peta yang tertera di belakang kad jemputan kahwin anaknya itu.
Pengalaman saya membaca peta kad kahwin yang jarang sekali betul membuatkan saya skeptikal. Ya, peta di kad kahwin yang saya tatap pada hari itu pun sama juga. Tidak betul pandu arahnya. Pandu arah menunjukkan saya perlu masuk ke sebuah simpang selepas stesen Petronas. Bila saya lalui jalan itu, rupa-rupanya ia jalan menuju tangki air kawasan perumahan itu.
Kerana khuatir tersesat, saya mula bertanya pada pekerja di stesen minyak. Kata pekerja tersebut, simpang yang dimaksudkan itu sebenarnya berada satu kilometer daripada stesen itu. Malangnya, bila saya ikut pandu arah pekerja itu, saya sampai pula ke kebun sayur!
Bila berpatah arah kembali saya bertanya pula dengan seorang remaja bermotorsikal. Saya kira, dia pemuda kampung itu kerana memacu motorsikal tanpa bertopi keledar. Malangnya, dia juga menunjukkan arah yang akhirnya membuatkan saya berputar hingga ke simpang di belakang stesen Petronas pula. Akhirnya, saya ke Balai Polis untuk bertanya arah. Hampir sejam kemudian, saya tiba juga ke rumah kawan saya itu.
Mengapa saya sesat jalan? Selain daripada kesilapan pada peta, saya tersesat akibat menggunakan maklumat yang salah yang disampaikan oleh mereka yang tidak tahu. Mereka memberi pandu arah seolah-olah mereka tahu apa yang mereka perkatakan.
Tidak tahu tetapi bercakap seolah-olah orang yang berpengetahuan adalah satu bentuk rasa rendah diri yang mula berputik sejak di zaman kanak-kanak. Kita biasa mendengar seorang budak bercerita mengenai hantu kepada kawan-kawan. Nada suara dan gaya dia bercerita begitu menyakinkan seolah-olah dia sendiri pernah berjumpa hantu. Padahal, dia mungkin mendengar cerita orang atau memperoleh idea mengenai hantu setelah menonton TV.
Tujuannya hanya untuk menarik perhatian dan untuk menunjuk-nunjuk. Perangai begini terbawa-bawa hingga ke dewasa. Daripada bercerita tentang hantu, dia mula suka menggosip, tidak kira sama ada ia cerita politik, kisah artis, hal jiran mahupun gosip di dalam pejabat. Orang begini tahu, pegawai kerajaan mana yang makan duit haram, datuk mana yang dapat kontrak melalui jalan rasuah dan Tan Sri mana yang meletak jawatan kerana kononnya menyelewengkan wang syarikat.
Dia tahu artis mana yang suka goda suami orang, yang suka tonggang arak, yang berbogel di tepi pantai atau yang menipu dalam perniagaan. Orang begini tahu serba-serbi yang kita tidak ambil pusing pun pada mulanya. Bila bercakap mengenai agama pula, dia pandai-pandai kata haji ini dan imam itu amal ajaran sesat atau menghukum jemaah yang tidak mengikut cara amalannya sebagai terpesong. Tetapi oleh kerana ceritanya begitu menyakinkan, kita jadi percaya.
Mengapa terdapat banyak sangat gosip agama, politik mahupun artis di kalangan kita? Masalahnya juga muncul kerana sikap kita sendiri juga. Apabila mendengar cerita seseorang, kita lebih suka berdiam diri dan mengangguk untuk mengambil hati si pencerita. Apabila kita hanya menjadi pendengar yang pasif, maka si pencita menjadi lebih galak. Lepas satu, satu lagi cerita dibebelkan sehingga kita sendiri percaya.
Andainya kita pintas ceritanya dan bertanya daripada mana dia tahu mengenai sesuatu cerita itu, biasanya daripada sepuluh pencerita, sembilan daripada mereka akan terkedu dan memberi pelbagai alasan yang tidak menyakinkan ~ yang menggambarkan yang dia sendiri tidak tahu apa yang dia sendiri perkatakan.
Sebenarnya, kitalah yang sepatutnya peka dan bersedia untuk menolak apa jua cakap orang yang tidak tahu tetapi mengaku tahu. Dengan cara mempersoalkan kesahihan sumber maklumatnya, kita sendiri akan menjadi pembanteras fitnah.
Ya, mungkin kita tidak disukai olehnya. Tetapi sekurang-kurangnya, kita tidak akan disesatkan. Kalau sesat ke rumah pengantin, ia tidak menjadi hal. Tetapi jika tersesat daripada jalan kebenaran, itu adalah padah yang parah!

Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 4.8.2010.
Satu rencana yang baik yang patut dibaca oleh setiap orang.
ReplyDeleteTahniah!
Terima kasih, tuan!
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteGosip agama, politik dan artis dah jadi trend kesukaan masakini. Itulah masalahnya. Mendengar dari sumber kedua, ketiga dan seterusnya menyebabkan kesahihan cerita boleh dan patut dipertikaikan. Namun keseronokan bergosip menenggelamkan keinginan untuk mencari 'kisah benar'.
Moga kita sentiasa dalam landasanNya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRashid,
ReplyDeleteBagaimana ramai sekali di antara kita yang sudah melihat yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk? Nampaknya, ramai yang sudah tertipu kerana tidak lagi melihat dengan mata hati.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih di atas artikel yang cukup bagus. Sesuai dengan hadith Nabi Muhammad saw, mafhumnya, "Berikanlah peringatan, kerana peringatan itu sangat bermanfaat buat orang yang beriman". Jadlah kita semua manusia yang sentiasa mencari kebenaran, jangan ditanya siapa yang benar... fikir-fikirkanlah.