Pic credit: clarkekieman.com
ISTILAH-ISTILAH
MEMBERI & MENERIMA
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan
kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma. Ia bukannya dari dana 1MDB. SPRM, menerusi
kenyataan medianya berkata, laporan hasil siasatan itu telah dirujuk dan
dimaklumkan kepada Peguam Negara.
Kenyataan itu telah menimbulkan polemik dan viral di internet. Ramai
yang tidak berpuashati kerana mempunyai tafsiran tersendiri. Ramai yang mentafsirkan
ia sebagai suatu bentuk rasuah. Kita kenalah tunggu hasil siasatan dan laporan
penuh SPRM kelak. Setelah itu, kita boleh menerima hasil siasatan itu atau bebas
untuk mencabar hasil siasatan itu melalui saluran yang sepatutnya. Kita kena
ikut peraturan kerana kita ada undang-undang.
Walau apa pun, rasuah atau derma itu adalah suatu pemberian yng
melibatkan si pemberi dan si penerima. Pemberian pula ada pelbagai istilah
mengikut bentuk dan situasinya. Ia dikenali sebagai pembelian, upah, hadiah, anugerah, nafkah,
pembiayaan, sedekah, derma dan rasuah.
Pembelian
adalah pertukaran di
antara pembeli dan penjual melalui matawang.
Transaksi ini mudah apabila adanya persetujuan harga di antara penjual dan
pembeli. Masalah akan berlaku seandainya terdapat penipuan. Penjual menipu
dengan menjual barangan yang berkualiti rendah atau pembeli menggunakan wang
palsu.
Upah pula adalah suatu bentuk pemberian mengikut kadar yang telah
dipersetujui di antara dua pihak iaitu pihak yang memberi perkhidmatan dan
pihak yang menerima perkhidmatan itu. Perkhidmatan itu biasanya adalah dalam
bentuk tenaga seperti pembantu rumah, kedai atau pengawal. Perkhidmatan juga
boleh dibuat dalam bentuk hasil kerja seperti perakaunan, pembinaan dan
rekabentuk. Hasil kerja atau bantuan ini dibayar dalam bentuk upah, seperti
gaji, elaun dan juga bonus. Masalah akan terjadi apabila upah tidak diberi
seperti yang dijanjikan oleh pemberi atau hasil kerja yang tidak memuaskan oleh
yang memberi khidmat.
Hadiah pula adalah suatu pemberian yang mempunyai pelbagai peringkat. Yang
biasa dipanggil oleh-oleh atau buah tangan. Yang berharga sedikit dikenali
sebagai cenderahati. Hadiah tidak
semestinya diberi berdasarkan perjanjian sebelum ia dilakukan. Misalnya, seorang
suami memberi kepada isterinya sebuah beg tangan tanpa memberitahu si isterinya
terlebih dahulu. Nilai hadiah pula bergantung kepada kehendak si pemberi
mengikut citarasanya. Jika pemberian itu diadakan kerana sesuatu sebab,
misalnya si anak mendapat telefon bimbit dari ayah kerana lulus peperiksaan, ia
juga boleh ditafsirkan sebagai sebuah upah.
Anugerah pula adalah pemberian yang berbentuk status atau pangkat. Ia
adalah sebuah pengiktirafan yang diberi menggunakan sesuatu yang simbolik seperti
pingat, ijazah atau senjata. Masalah dalam pemberian anugerah ini terjadi apabila
pengiktirafan itu dibeli dengan sebuah harga yang ditentukan. Anugerah yang dibeli
adalah anugerah yang palsu.
Nafkah pula adalah pemberian menurut tuntutan agama. Oleh itu, adalah
berdosa jika seseorang suami dan ayah yang diwajibkan memberi nafkah itu tidak
menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri dan tanggungannya.
Pembiayaan pula adalah pemberian yang mempunyai tempoh tertentu. Biasanya
terdapat perjanjian yang dimaterai di antara pihak penaja dan pihak yang
ditaja. Misalnya tajaan melanjutkan pelajaran diberikan kepada seseorang di
sepanjang tempoh pengajiannya. Penajaannya akan tamat sebaik sahaja si penerima
tajaan itu memperoleh kelulusan. Masalah akan berlaku seandainya seseorang yang
menerima tajaan itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Penajaannya boleh
ditarik balik kerana melanggar perjanjian.
Sedekah itu adalah pemberian yang bebas. Tiada jumlah atau barang yang
ditentukan melalui pemberian ini. Ia adalah ibadah yang mempunyai kesan yang
berlipat ganda kepada si penerima malah juga si pemberi. Penerima yang biasanya
serba kekurangan akan gembira dengan pemberian. Pemberi pula akan memperoleh
pahala yang berlipat ganda.
Apakah itu derma? Ia adalah
pemberian apabila diminta oleh si penerima. Derma itu berbeza daripada sedekah
kerana terdapat jumlah yang ditentukan oleh di penerima. Pemberi lazimnya tidak
dijanjikan apa-apa oleh si penerima. Tetapi si pemberi biasanya akan dapat
melihat hasil dermanya. Misalnya, si penderma dapat melihat hasil dermanya
dalam bentuk masjid, sekolah, taman atau pulihnya sakit seorang kanak-kanak
yang dapat menjalani pembedahan hasil wang derma.
Rasuah? Rasuah adalah tindakan yang salah kerana ia berupa upah awal
sebelum sesuatu perkhidmatan itu diperoleh oleh si pemberi meskipun dia tidak
berhak mendapatkan sesuatu yang dihajatkan.
Kesemua bentuk pemberian yang diistilahkan di atas iaitu pembelian, upah, hadiah, anugerah, nafkah, pembiayaan, sedekah
dan derma adalah tindakan-tindakan
yang murni dan mempunyai natijah yang baik asalkan ia tidak disalahgunakan. Hanya rasuah sahaja satu-satunya bentuk
pemberian dan penerimaan yang salah dan berdosa.
Rasulullah melaknat si pemberi dan si penerima rasuah. Dari
Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan
penerima rasuah." Riwayat HR al-Bazzar & Abu Ya'la. Apakah itu laknat?
Mengikut Kamus Dewan, laknat itu adalah kejian, kutukan dan sumpahan yang mendatangkan kecelakaan kepada seseorang. Laknat
itu juga adalah kemurkaan ALLAH SWT yang mengakibatkan yang dilaknat itu jauh
daripada rahmat-NYA.
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 5.8.2015, insya-ALLAH...
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 5.8.2015, insya-ALLAH...
PAK Ibrahing DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
ReplyDeleteKALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
ANGKA NAIK YAITU,DI.169169
SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,2-09-2015
….
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…
ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<
DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
angka ritual gaib kuda lari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>