Piccredit: pengembaraanmencarituhan.blogspot
NABI MUHAMMAD S.A.W
TIDAK PERNAH SAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
NABI MUHAMMAD S.A.W
TIDAK PERNAH SAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
HARI cuti Maulidur Rasul semalam membolehkan saya
keluar ke pasaraya untuk mendapatkan barang keperluan. Sambil melangkah, saya
membaca pelbagai mesej di telefon. Saya menerima banyak sekali pesanan serta
video melalui SMS dan Whatsapp dari
kawan-kawan mengenai selawat, peribadi dan hadis-hadis mengenai keunggulan Rasulullah
s.a.w.
Tiba-tiba isteri saya mengunjuk susunan pinggan
porselin yang cantik. Bila saya nampak dia begitu teruja, saya mencapai sebuah pinggan
dan membeleknya. Memang cantik. Tetapi entah mengapa hati saya bertanya,
bagaimanakah bekas makanan baginda?
Saya pernah terbaca dalam sebuah riwayat bahawa
gelas minuman Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kayu. Apakah pinggannya juga
daripada kayu? Samada kayu mahupun porselin, bila mengingatkan kesederhanaan
Rasulullah s.a.w, dan gambar-gambar artifek sejarah pinggan mangkuk, saya hampir
pasti buatannya tidak secantik mangkuk yang saya pegang ini.
Pada hari ini, berapa bekas makanan yang kita ada?
Apakah set 12 keping, 18 keping atau 32 keping? Kita ada piring, pinggan dan
mangkuk. Ada cawan, gelas dan kole. Ada sudu, camca dan garfu. Lain hidangan,
lain set pinggan mangkuk yang kita akan gunakan. Bandingkan apa yang kita ada
dengan apa yang Rasululullah s.a.w gunakan. Kita jauh lebih bermewah daripada
nabi kita.
Fikiran saya melayang dan terbayang rumah baginda
yang pernah saya tatap di internet. Hanya ada sebuah ruang tamu dan sebuah
kamar. Rumah kita pula bagaimana? Dua bilik? Tiga bilik? Sepuluh bilik?
Rasulullah s.a.w duduk di atas lantai. Kita ada set sofa di ruang tamu, set
kerusi di meja makan dan kerusi di beranda. Ada pelbagai bentuk, buatan dan
material.
Tempat tidur Rasulullah s.a.w diperbuat daripada
kulit binatang dan berkusyenkan sabut kurma. (HR at-Tirmizi). Bagaimana pula tempat
tidur kita? Kita ada katil single
atau queen size, king size, siap dengan tilam spring, bantal, bantal peluk, comforter dan selimut. Bilik tidur kita
ada tirai, langsir, karpet dengan pencahayaan lampu serta muzik yang boleh
membuatkan kita tidur mati.
Dan
jangan lupa, hidupnya sebagai pemimpin seperti tiada privasi kerana sentiasa di
kelilingi oleh sahabat dan pengikutnya. Hinggakan orang biasa seperti orang kampung
badwi boleh sahaja berkunjung ke rumah baginda pada bila-bila masa dengan tiada
protokol atau adab hingga ALLAH SWT menurunkan ayat 4 dan 5 surah al-Hujurat
yang menerangkan mengenai adab sopan ketika berkunjung ke rumah baginda
(merujuk tafsir ibnu Katsir).
Kita
orang biasa pun boleh sahaja tutup pintu bila pulang ke rumah kerana mahukan
privasi. Ada juga yang gunakan loceng atau gunakan intercom door speaker bagi tetamu memanggil untuk memperkenalkan
diri sebelum kita membuka pintu pagar automatik.
Rasulullah
s.a.w tidak ada cuti umum, cuti hujung minggu, cuti kecemasan dan apatah lagi
cuti tahun. Baginda sentiasa on-call.
24-7. Baginya, tiada istilah penat untuk berdakwah dan berjihad. Baginda
pemimpin umat, malah pemimpin dunia. Bandingkan dengan kita yang ada pelbagai
cuti. Bila bercuti, kita tutup telefon dan ghaib tak nampak batang hidung.
Apa
yang berlaku pada kakitangan, pekerja bawahan atau rakyat tidak kita pedulikan.
Tunggulah hingga kita pulang bercuti, baharulah kita akan menjenguk dan baharu
hendak bercakap seolah-olah mereka sentiasa di hati kita.
Rasulullah
s.a.w merantau jauh untuk menyampaikan seruan Islam. Kita pun merantau jauh
juga. Tetapi hanya merantau jauh di alam siber. Dan kita tidak semestinya
menyebarkan dakwah agama kita yang suci ini. Malah, ada di antara kita yang tanpa
sedar menyebarkan kebencian sesama seagama. Kita handal berdakwah hanya kepada
saudara seagama tetapi tidak terucap walau sepatah perkataan mengenai Islam
pada jiran di sebelah rumah yang belum mengenali Islam.
Jika
kita tidak dapat mengislamkan seorang kafir, mengapa kita tergamak mengkafirkan
seorang Islam yang lain? Betulkah perbuatan, perilaku dan pengucapan kita
seiring dengan apa yang Rasulullah s.a.w sarankan? Dalam skala 1-10, apakah
sudah sampai skala satu?
Dan
jangan kita lupa, Rasulullah s.a.w tidak pernah menyambut ulangtahun kelahirannya. Jadi,
maaf cakap… kita fikirlah sendiri.
Nota: Saya memerahkan frasa ulangtahun kelahiran untuk mengelak kekeliruan. Ramai yang mengkritik saya bila saya gunakan frasa hari lahir sebelum ini yang membawa maksud hari dalam minggu. Justeru itu, jika saya kata Rasulullah saw tidak menyambut hari lahir, itu salah. Rasululullah saw menyambut hari lahir iaitu hari Isnin dengan berpuasa. Tetapi, Rasulullah tidak menyambut ulangtahun kelahiran, iaitu birthday pada hari dan bulan sekian-sekian seperti ramai di antara kita.
Maaf kepada anda sekalian di atas kekeliruan tersebut. Semoga ALLAH mengampunkan kelemahan saya dalam penyampaian artikel ini.
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 15.1.2014, insya-ALLAH...
Nota: Saya memerahkan frasa ulangtahun kelahiran untuk mengelak kekeliruan. Ramai yang mengkritik saya bila saya gunakan frasa hari lahir sebelum ini yang membawa maksud hari dalam minggu. Justeru itu, jika saya kata Rasulullah saw tidak menyambut hari lahir, itu salah. Rasululullah saw menyambut hari lahir iaitu hari Isnin dengan berpuasa. Tetapi, Rasulullah tidak menyambut ulangtahun kelahiran, iaitu birthday pada hari dan bulan sekian-sekian seperti ramai di antara kita.
Maaf kepada anda sekalian di atas kekeliruan tersebut. Semoga ALLAH mengampunkan kelemahan saya dalam penyampaian artikel ini.
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 15.1.2014, insya-ALLAH...
Bhai Eyman Hykal..
ReplyDeleteSejujurnya gua salut dengan penulisan lu.... Memang terbaek. Ianya membawa kita berfikir sejenak.... Siapa kita (yang rasa diri hebat) berbanding dengan orang lain.
Sori, ini "trademark" penulisan gua.
Salam
Bro..tulisan Bro memang saya ikut dari dulu..
ReplyDeleteSaya kagum dengan penulisan bro
C++ dan Abid Ziq,
DeleteAlhamdulilah. Syukur kepada ALLAH swt kerana memberi saya kebahagiaan bila dapat menulis. Terima kasih kerana mengikuti tulisan saya. Semoga anda berdua memperoleh manfaat.
Askm,maaf cakap yg sebenarnya nabi saw lebih dahulu meraikan hari kelahiran baginda. Baginda berpuasa pada hari isnin sebagai tanda kesyukuran kepada Allh swt.
ReplyDeleteWalaikumsalam Anonymous. Saya dah semak sumber riwayat Muslim, Rasulullah saw berpuasa pada hari Isnin kerana ia hari kelahirannya.
ReplyDeleteBenar saya terlepas pandang mengenai hal itu kerana memaksudkan hari lahir itu sebagai hari ulangtahun kelahiran, mengikut kebiasaan kita. Bukannya hari lahir.
Bila kita sambut apa yang dikatakan harilahir, ia merujuk kepada hari, bulan dan tahun kita lahir... bukannya hari dalam minggu yang kita lahir.
Justeru itu, jika hari lahir yang saya maksudkan itu dipadankan dengan hari lahir yang Rasulullah lahir ke dunia iaitu pada hari Isnin, maka saya salah bila saya katakan rasulullah tak sambut hari lahir.
Terima kasih kerana memperincikan ayat saya untuk ketepatan maksud dan fakta. Semoga Allah ampunkan dosa saya di atas kelemahan penyampaian saya.
Alhamdulillah....saya tak sangka langsung dapat perkara yang positif bergini dari tuan. Sedangkan orang yang bertaraf ulama pun tetap mempertahan keegoan mereka. Cuma cara rasulullah meraikannya berbeza dengan kita. Beliau meraikannya dengan ibadat iaitu berpuasa sunat. Semoga Allah swt merahmati tuan.
ReplyDeleteAmin. Semoga saudara pun terus memperoleh keberanian untuk menegur. Salam.
DeleteAssalamualaikum.. Saya suka membaca artikel saudara,dan saya akui,apa yang dikatakan saudara,itulah realiti yang terjadi pada masa sekarang. Namun begitu,saya agak terkeliru pada asalnya,dgn ayat terakhir artikel saudara. Akan tetapi,Alhamdulillah saudara telah menyedari kesilapan saudara. Cuma yang masih menjadi tanda tanya saya,apakah maksud yang tersirat di akhir ayat saudara,iaitu "Jadi, maaf cakap… kita fikirlah sendiri." Kalau saudara boleh ulas lebih lagi..
ReplyDeleteThanks Anonymous. Itu kena fikir sendiri-sendiri. Anda pasti punyai tafsiran yang tersendiri. :)
ReplyDeleteNamun dalam fikiran saya pula, saya hendak ingatkan diri agar tidak over buat sambutan ulangtahun kelahiran mereka di sekeliling saya.
Ditujukan juga kepada yang over menyambut ulangtahun kelahiran, atau tarik muka pada yang disayangi jika si dia terlupa tarikh ulangtahun kelahiran.
Kita sendiri pun, apakah kita terfikir hendak berpuasa pada ulangtahun kelahiran kita? Kalau tak tiap minggu seperti Rasulullah saw, setahun sekali pun tak terfikir nak buat ke? Allah...
seonok baca artikel pakcik...teruskan menulis :)
ReplyDelete