Saturday, June 27, 2009

BAGAI KUCING DAN ANJING



Foto: www.trulyoddplanet.com

BIARKAN ORANG POLITIK
BERCAKARAN !


SUDAH 15 bulan sejak Mac tahun 2008, orang-orang politik tak habis-habis cuba mengglamourkan diri dan parti. Niat masing-masing tak lain tak bukan hanyalah memenangi PRU-13. Kalangan BN atau PR, sama sahaja. Bercakap berapi-api hingga menggegarkan Parlimen dan makin kerap menyesakkan jalanraya demi apa yang mereka percaya sebagai perjuangan. Bikin ribut dan menyusahkan hati orang banyak yang percaya lakonan kedua-dua pihak. Macam penonton wrestling yang ternganga-nganga dan terjerit-jerit melihat lakonan penggusti di TV.

Bila diatur berdebat, kandungannya mudah dilupakan. Ertinya, gah tanpa impak. Lebih banyak kritik mengkritik dari memberi idea baru. Peminat politik yang menonton memanglah ramai. Tetapi sebenarnya siapa yang menang, siapa yang kalah? Antara Shabery Chik & Anwar, antara Guan Eng dan Tsu Koon, siapa lebih betul? Yang paling penting, apakah ia mengubah apa-apa?

MEREKA bertekak di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen bagai nak rak. Tutur kata bagai mereka yang tidak berpeluang bersekolah tinggi. Seolah-olah nak terbalik, dewan. Kalau benarlah satu pihak itu lebih bahaya daripada pihak yang lain, tentu ada yang berdarah hidungnya! Tapi, tidak. Lepas bertekak, mereka boleh duduk sembang-sembang minum kopi selepas makan durian!

Dan rakyat percaya tentang lakonan mereka! Mereka tak nampak orang politik duduk bersembang di sofa sambil tergelak-gelak. Orang surat khabar tidak akan siarkan banyak foto-foto begitu. Nanti jualan akhbar akan menurun kerana orang tak mahu baca berita positif. Orang suka baca berita negatif. Ertinya, ramai sangat pemikir negatif di kalangan kita kerana suka baca berita pergaduhan daripada perdamaian.

KINI timbul idea kerajaan perpaduan. Hanya cadangan dua orang pemimpin PAS. Belum lagi disebut struktur kerajaan perpaduan itu bagaimana, cadangan itu sudah dibalun hingga melarat-larat. Orang UMNO dan banyak NGO pun risau, bila PAS dan UMNO tak dapat berbincang mengenai kerajaan perpaduan, kononnya habislah masa depan bangsa. Takutnya mereka. Nak takut apa?

Come on… masa orang politik bertekak, lampu elektrik masih bernyala, paip air masih mengalir, lesen dan pasport masih boleh diperbaharui. Kita masih boleh makan, menonton, membeli-belah, bersukan, berblog, menelefon, bekerja dan menyara keluarga. Dan kalau pandu kereta laju-laju, kita masih kena saman.

Siapakah yang melaksanakannya? Kakitangan kerajaan-kerajaan persekutuan, dan negeri negeri, pihak berkuasa tempatan, majlis-majlis daerah dan seluruh syarikat swasta yang gergasi dan yang kecil. Mekanismenya sudah sedia ada dan berjalan lancar.

Parti yang memerintah buat keputusan, parti yang membangkang perlekeh keputusan. Tak kira sama ada di parlimen atau di kerajaan negeri. Tetapi, apakah itu membuatkan kita susah? Tidak pun.

BAIK kerajaan BN atau PR, apa yang mereka buat ada yang bagus, ada yang sebaliknya. Orang-orang di dalam BN atau PR ada yang bagus, ada yang sebaliknya. Kerana itu, pada PRU-13 nanti, pilih sahaja calon yang bagus daripada mana-mana parti pun. Tak semestinya ikut dari bendera BN atau PR.

Tak perlu rasa bersalah kalau memilih tak ikut semangat Melayu(ye ke untuk Melayu?), atau agama(ye ke untuk ALLAH?) atau negara(ye ke untuk 1Malaysia atau Malaysian Malaysia?) Sebabnya, di kalangan mereka ada buayanya, ada naganya. Kita yang memilih pun akan dipertanggungjawabkan!

Renungilah: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.

~ Al-Maidah 57 ~

6 comments:

  1. Orang skarang kate, mengglamorkan diri tu, 'MenCaPub' - MenCari Publisiti

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dgn org ramai suke brfikiran negatif.
    susah tol nk fikir positif.

    p/s:pemimpin2 ni kne g leadersip training ni.he3

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    bayangkan saya terpaksa memikirkan isu dan mengedit story yang saya langsung benci bercakap mengenainya. Bayangkan lagi perasaan saya dikutuk bodoh kerana menyokong UMNO disebabkan saya menulis artikel mengenai hilangnya survival dalam Melayu dalam 7minit sedangkan saya langsung tak sentuh pasal parti politik pun! Cetek betul pemikiran orang yang taksub dengan politik, sedangkan ahli politik yang sibuk bergaduh kenyang je, penyokong fanatik tak sedar diri kering air liur ludah sana sini dalam rumah bila tengok berita benci dengan kerajaan.. habis anak beranak dimakinya sebab tak sama2 'meludah' dengan dia...

    ReplyDelete
  5. Hilman: Betul, kalau tak tahu nak pilih siapa, solat aje.
    ai-chan: MencaPub? macam 'propa'-lah, ya?
    orang minyak: Berfikiran negatif is always the 'in-thing.' In short, berfikiran positif dilihat out-dated.
    Nieys: Nieys pun kenalah bersabar kalau dah kata yang baik-baik.

    ReplyDelete