Photo credit: mynewshub.my
BAGAIMANA
MERUNTUHKAN PERSEPSI
MERUNTUHKAN PERSEPSI
PM
Datuk Seri Najib, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa telah berlaku
penipuan besar-besaran dalam PRU13. Ucapannya di perhimpunan bulanan JPM
kelmarin merujuk kepada berita yang mengatakan terdapat beribu-ribu warga
Bangladesh yang didatangkan sebagai pengundi hantu dalam pilihanraya lalu.
Dalam
sebuah kenyataan lain, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia AKM Atiqur
Rahman turut menafikan dakwaan penipuan itu. Katanya, pihaknya tidak menerima
sebarang bukti mengenai pembabitan warganegaranya mengundi secara jahat atau
salah di negara ini.
Setakat
ini, belum dengar terdapat kes-kes pengundi hantu dari warganegara Bangladesh yang
dilapor atau disebut di mahkamah. Sebaliknya,
terdapat beberapa laporan polis dari warganegara Malaysia yang dihalang untuk
mengundi kerana dituduh sebagai warganegara Bangladesh.
Jawapan
PM dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh itu sudah terlewat untuk memperbetul
persepsi kerana cerita warganegara Bangladesh sebagai pengundi hantu sudah
tersebar dengan begitu meluas pada hari-hari menjelang mengundi. Malah, kita
dapat tonton beberapa video kes-kes rakyat Malaysia yang diherdik dan dikutuk
oleh orang ramai di pusat-pusat mengundi semata-mata kerana mereka percaya pada
maklumat rekaan itu.
Ia
terjadi kerana cerita rekaan itu telah mencipta persepsi. Apabila persepsi
telah terbentuk, maka ia amat sukar untuk diubah. Sesebuah persepsi terjadi
hasil daripada maklumat yang tiba kepada seseorang. Ia melibatkan memori yang
dibentuk berdasarkan kepada pengalaman panca indera. Persepsi yang terbentuk
sukar disedari kerana ia berlaku di bawah sedar.
Propaganda
sebagai senjata politik yang begitu popular mudah disedari kerana ia biasanya
berbentuk kempen yang sengaja melebih-lebihkan kebaikan sesuatu yang ingin
diperkenalkan. Begitu juga dengan promosi dalam dunia pengiklanan. Ia biasanya
disampaikan bersama bunyi, suara dan warna yang menceriakan.
Bagaimana
pun, persepsi bukan ditujukan langsung kepada sesuatu sasaran. Malah ia
disampaikan secara kenen, bermaksud atau secara muslihat. Ia disampaikan dalam
bentuk maklumat palsu atau disinformation.
Ia juga adalah suatu rekaan yang disampaikan dengan penuh logik seolah-olah ia
benar hingga sesiapa yang menerimanya akan yakin ia adalah realiti.
Ia
sama juga seperti bagaimana kita boleh percaya kepada fiksyen sains filem
Jurassic Park. Dengan menggunakan fakta sains sebagai maklumat benar, kisah
ternakan makhluk dinosaur disampai dan diyakinkan bersama imej dan bunyi hingga
kita percaya dinosaur boleh hidup di zaman ini. Sedangkan hampir mustahil untuk
mendapat DNA pelbagai dinosaur dalam darah fosil nyamuk yang tersimpan berjuta
tahun di dalam tanah, apatah lagi untuk menternaknya hingga berpuluh ekor bagi
sesuatu spesis.
Make-believe.
Itulah istilah dalam dunia karya kreatif. Ketika menonton filem itu, kita boleh
terpengaruh dan terpedaya. Ia terjadi kerana ketika kita menyaksikan filem itu,
fakta sains dan rekaan telah diadun begitu rupa hingga membentuk persepsi
bahawa ia boleh terjadi.
Isu
kononnya 40,000 warganegara Bangladesh yang dikatakan akan dibawa masuk dari
Sabah dengan kapalterbang sebagai pengundi hantu adalah fakta dan rekaan yang
mencipta persepsi bahawa ia akan terjadi.
Negeri
‘Sabah,’ ‘40,000 warganegara Bangladesh,’ ‘kapalterbang’ dan ‘pengundi hantu’
adalah imej-imej yang akan terpapar di fikiran
bila kita menerima maklumat ini. Imej-imej akan muncul di otak kanan iaitu otak
yang berfungsi membina persepsi. Ia akan menjadi wayang di layar minda hingga
kita percaya dengan maklumat rekaan ini.
Peranan
otak kiri yang menggunakan logik diketepikan kerana ia dikuasai oleh emosi otak
kanan. Kerana itu, bagaimana hendak menyembunyikan 40,000 orang pengundi hantu warganegara
Bangladesh yang ramainya seperti jemaah Malaysia di musim haji tidak dapat
dicongak oleh otak kiri untuk berlawan hujah dan menafikan persepsi yang
terbentuk di otak kanan. Akhirnya begitu ramai yang percaya pada cerita rekaan
itu.
Soalnya,
bagaimanakah untuk meruntuhkan persepsi yang palsu itu? Jawapannya terletak
kepada bagaimana semerta ia ditangani. Ertinya, apabila terbinanya sesebuah
persepsi yang palsu, ia mesti diruntuhkan segera dengan maklumat yang benar. Jika
dibiarkan, kita akan percaya dan hidup dalam kepalsuan persepsi. Kerana itu, selagi
ada maklumat palsu lain yang membina persepsi palsu yang lain pula, ia mesti
dihapuskan segera.
Benar,
ia memenatkan dan tidak berkesudahan. Itulah perang namanya.
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 5.6.2013, insya-ALLAH...
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 5.6.2013, insya-ALLAH...
No comments:
Post a Comment