Foto: blackathelete.net
KITA YANG KERAP
DOUBLE STANDARD
PERNAHKAH kita membunyikan hon kepada pemandu di hadapan agar dia lekas bergerak apabila lampu trafik bertukar hijau? Sambil itu, hati pun berkata, mengapa dia lembab sangat? Tidakkah dia tahu kita hendak cepat? Mengapa dia khayal hingga tidak sedar yang lampu trafik sudah bertukar hijau?
Pernahkah juga kita merungut di dalam hati apabila orang di hadapan kita lambat sangat mengambil lauk dalam sebuah majlis bufet? Berapa kali dia hendak tuang lauk ke dalam pinggan? Mengapa dia tidak menceduk tiga potong ayam kurma sekali gus? Mengapa dia ambil sepotong demi sepotong? Bukankah itu membuang masa? Dan, aku lapar!
Pernahkah kita terasa hati apabila seorang teman sepejabat menjadikan kita sebagai bahan ketawa? Apakah teruk sangat perangai kita hingga diceritakan kepada teman-teman yang lain? Tidakkah dia sedar yang kita menahan rasa dengan gelagatnya?
Tentu kita pernah mengalami salah satu ataupun kesemua insiden di atas. Dalam kesemua insiden itu, kita menjadi mangsa situasi. Kita berasa tidak selesa kerana kita berada di dalam kedudukan yang kalah.
Namun, bagaimana pula jika situasi itu berubah sebaliknya? Ertinya, apabila kita pula yang menjadi pemandu yang terlewat memecutkan kereta apabila lampu trafik bertukar hijau, apakah kita akan marah kembali kepada pemandu yang membunyikan hon kepada kita?
Apakah kita tidak pernah teragak-agak menceduk atau memilih makanan dalam majlis keramaian hingga terasa orang di belakang kita mula rimas dengan kelembapan kita? Dalam keadaan itu, apakah kita geram dengan ketidaksabaran orang di belakang?
Begitu juga apabila kita berasa hati dengan orang yang mentertawakan kita, apakah kita tidak pernah pula mentertawakan teman kita, hingga kita tidak sedar yang dia pula tidak selesa dengan gurauan kita? Pada ketika itu, apakah kita peduli yang dia berasa hati?
Double standard. Itulah perangai yang kita tidak sedari. Kita berasa diri kita elok, baik dan sempurna. Orang lain yang selalu tidak bagus, selalu buat kesilapan dan kesalahan. Padahal, kita juga dua kali lima.
Ia berpunca apabila kita tidak pandai melihat lebih daripada satu sudut. To be in someone else’s shoes atau meletakkan diri dalam situasi orang lain adalah satu kelemahan persepsi andainya kita tidak pernah terfikir untuk melihat daripada sudut orang lain. Apabila kita tidak reti melihat daripada sudut yang bertentangan, ia akan menimbulkan masalah tanggapan terhadap diri. Ini akan menjadikan seseorang itu ego atau cuba menegakkan benang yang basah. (Maaf cakap, sebenarnya menegakkan benang yang basah lebih mudah daripada menegakkan benang yang kering. Tetapi, ia adalah satu topik yang lain!)
Sikap double standard secara peribadi tidaklah memberi kesan besar. Tetapi andainya double standard ini melibatkan kumpulan, maka ia akan menjadi masalah yang besar kepada masyarakat. Oleh kerana tidak pandai melihat daripada sudut yang bertentangan, ditambah pula dengan kepentingan kumpulan, maka polemik, debat, kata mengata dan kutuk mengutuk tidak akan berkesudahan.
Di dalam pertandingan akhir bolasepak AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini, penyokong Indonesia mencemuh apabila menuduh penyokong Malaysia menggunakan laser yang disuluh ke wajah pemain Indonesia. Dalam perlawanan timbale balas di Stadium Gelora Bung Karno, penyokong Malaysia pula marah apabila penyokong Indonesia mensasarkan laser ke muka pemain Malaysia.
Penyokong UMNO marah apabila mendapati PAS sudah mengedarkan risalah di DUN Tenang meskipun tempoh berkempen belum pun bermula. Dan penyokong PAS pula bengang apabila UMNO sudah mula menemui para pengundi DUN itu kerana dikatakan sudah mula berkempen sebelum waktunya. Pendek kata, kita buat tidak mengapa, orang lain buat tidak boleh.
Membenarkan amalan double standard itu sebenarnya tidak adil kepada diri dan juga orang lain. Oleh kerana kelemahan kita ialah suka memaafkan diri, tetapi sukar memaafkan orang lain, maka kita sebenarnya telah menyalahgunakan kuasa kerana mempunyai kepentingan.
Malangnya, kepentingan yang dikira ialah kemenangan, bukannya kebenaran.

Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 5.1.2011.
Tuan, manusia memang begitu...Mendoakan diri ini berada di bawah redhaNya
ReplyDeletePutra...
ReplyDeleteItu aje daya yang kita ada.
Perkara yang mengguntungkan kita... kita suke lah...
ReplyDeletenice entry sir...membuatkan minda berfikir lebih jauh..thanks~
ReplyDeletemanusia kan.. nak yang terbaik untuk diri saje. bukan pikir orang dah :)
ReplyDeleteselalu kalo amek lauk tu ingatkan diri;
ReplyDelete"jgn memilih sgt, amk ct2, nt org belakang trtgu2"
mungkin berkat mak dr kecik selalu cubit sorok2 kalo amk lauk lmbt2 kat kenduri.
:)
salam, sikap begini memang sukar dihakis dalam diri manusia...mgkin krn nafsu, kedangkalan, lemah iman dan hasutan iblis...
ReplyDeletepernah jugak berlaku dalam hidup peristiwa macam tu
ReplyDeleterealiti kehidupan memang macam tu.. yang salah cepat je nampak..
ReplyDeleteALL IN ONE
manusia memang begitu... hanya nampak salah orang saje... salah diri butakan mata... Thanx berkongsi artikel ni... boleh mengingatkan diri sendiri...
ReplyDeletekita sependapat..syabas bettey.. hehe
ReplyDeletebetul betul . mostly zaman sekarang double standard mind . susah nak tengok kesalahan sendiri :)
ReplyDeleteSalam tuan rumah...
ReplyDeletePerbuatan paling mudah dalam dunia ini, adalah melihat salah orang.
Dan perbuatan paling sukar, menyedari kelemahan diri.
**Saya pernah dimarahi mak pengantin kerana tidak cemerlang dalam tugas membahagikan bunga telur pengantin. Kalut saya mahu menghafal, yang mana untuk tetamu istimewa, tak berapa istimewa, saudara jauh, saudara dekat, kawan rapat pengantin, kawan tak berapa rapat....Ini bukan kes 'double-standard' lagi...tapi berlapis-lapis standard dah. (Tapi itu hal yang lain lah :D )