Foto: spacesuityoga.com
EMPAT ASPEK
PENGUKUR KEKAYAAN
BERMULA daripada tadika, kemudian di sekolah rendah dan akhirnya ke sekolah menengah, kita didedahkan dengan pelbagai matapelajaran. Subjek sains seperti biologi, fizik, kimia dan matematik membolehkan kita mahir menggunakan otak kiri agar dapat mengendali fikiran yang rasional dan logik. Subjek-subjek seni dan sastera seperti bahasa, geografi dan sejarah pula memacu otak kanan agar lebih intuitif dan emosional.
Sejak darjah satu hingga ke tingkatan lima, kita bertemu dengan berpuluh-puluh orang guru yang mengajar kita berbelas-belas mata pelajaran. Andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap matapelajaran daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu!
Sudah tentu, seandainya kita jumlahkan dengan golongan pensyarah apabila menuntut di institusi pengajian tinggi, pendidik yang mengajar kita bertambah berpuluh-puluh orang lagi. Jelas sekali, dunia akademik yang kita lalui selama berbelas-belas tahun mempertemukan kita dengan begitu ramai guru. Maknanya, jika kita masih belum menjadi orang selepas belajar dengan ratusan orang guru, tentu ada yang tidak kena dengan diri kita sendiri.
Malangnya, sebilangan besar daripada kita telah kembali kepada kejumudan fikiran walaupun sudah dibuka oleh beratus orang guru masing-masing sebelum ini. Ia terjadi apabila pengalaman di alam pendidikan formal dilupakan begitu sahaja, seolah-olah ia tiada kaitan dengan pembinaan minda dan pertimbangan tindakan dalam mengharungi kehidupan seharian.
Mengapa terjadi demikian? Ia berlaku apabila kita menutup buku dan memisahkan dunia pendidikan formal dengan dunia kehidupan. Memang benar, dunia persekolahan itu terkawal, penuh dengan disiplin, ketertiban dan penuh beretika. Tetapi, bukankah dunia itu yang membentuk dan menyamakan sebilangan besar daripada kita untuk memulakan langkah kehidupan di padang yang sama rata dengan orang lain?
Seharusnya, setelah berbelas tahun belajar, kita sudah boleh menjadi intelektual, boleh mengamalkan ilmu yang diperolehi, tahu membezakan yang mana yang baik atau buruk, menilai mana satu fakta, mana satu fitnah, mana satu yang hak, mana satu yang batil serta boleh menelah apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan mudah. Kita tidak mungkin tertipu dengan kekayaan yang nampaknya disamaertikan dengan kekayaan material semata-mata.
Tentu sekali jika wang ringgit menjadi ukuran kekayaan, kita akan lihat seolah-olah terdapat ketidakadilan daripada segi material. Ramai yang berasa tewas semata-mata apabila kalah daripada segi harta. Sedangkan material hanya salah satu aspek pengukur kekayaan. Pokoknya, siapakah yang mengajar kita untuk menilai diri sendiri hanya mengikut ukuran ini? Apakah besarnya rumah, banyaknya kereta, luasnya ladang dan melimpah ruahnya harta itu satu-satunya ukuran?
Meskipun ramai yang tahu, ramai juga yang terlupa bahawa kita tidak boleh mengukur kekayaan dengan banyaknya harta. Kekayaan mental adalah juga pengukur kejayaan. Selain daripada kelulusan atau segolong ijazah yang menjadi bukti bertulis, kekayaan mental seseorang itu dapat dinilai dengan kebolehannya mengeluarkan buah fikiran yang kritis, tegar dengan pendirian yang berpaksikan kebenaran serta tidak takut dengan seseorang hanya kerana dia mempunyai pangkat dan harta. Orang yang kaya mentalnya juga mewarisi kekayaan yang tersendiri.
Kekayaan jiwa ataupun spiritual adalah satu lagi kayu ukur kekayaan. Sudah pasti orang yang kaya spiritual dengan segala sifat yang baik budi pekerti, baik bahasa dan segala sifat kemanusiaan dan kemalaikatan itu mengatasi kekayaan ratusan jutawan dan ribuan ilmuan. Yang kaya dan berilmu pun boleh tunduk dengan ketokohan dan kewibawaan orang yang kaya spiritualnya.
Selain daripada material, mental dan spiritual ada satu lagi kekayaan yang penting, tetapi bagai dilupakan oleh ramai daripada kita. Kekayaan itu diperlukan walaupun kita mempaunyai kekayaan-kekayaan yang lain. Tanpanya, kekayaan material, mental dan spiritual tidak akan bererti lagi. Kekayaan itu adalah kekayaan fizikal. Ia bukan bererti besarnya tubuh badan, sebaliknya betapa sihatnya fizikal kita. Tanpa kekayaan fizikal, tiada gunanya kekayaan yang lain. Untuk apa berpapah, sedangkan kita sepatutnya melangkah.
Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 19.1.2011.

kekayaan mental, spiritual, dan fizikal. Sgt2 penting. Setuju. Yang paling banyak org terlepas pandang,pd pendpt saya, adlh kekayaan mental dan spiritual.
ReplyDeleteMengenai persoalan siapa yg mengajar kita untuk mengukur kejayaan dr aspek material semata2, saya rasa sistem pendidikan kita sendiri, dan even ibu bapa dan guru2 juga ada yg bersikap begitu, seterusnya menghasilkan generasi yg berfikiran sempit seperti itu. Bercakap melalui pengalamn, :D
Soalan paling menyakitkan hati pernah ditanya pada saya, 'kau dapat ** A dlm spm nak buat apa? Bukan untuk dapat kerja bagus ke?'
semata2 kerana menolak tawaran yg pada pendapat mereka harus saya terima :)
Sdri Syauqah,
ReplyDeleteMemang benar, kita asyik melihat kekayaan material, sedangkan kekayaan mental dan spiritual perlu juga diambil pertimbangan. Mental perlukan santapan mindanya dan spiritual perlu dibajai sentiasa. Barulah lengkap kita sebagai insan.
Saya ada dua orang kawan. Seorang kehidupannya sederhana (Saya namakan N), manakala seorang lagi itu memang kaya (saya namakan Y). Ahli keluarganya memiliki sebuah syarikat bas ekspres. Dan mereka berdua ini merupakan sahabat rapat. Tetapi Y ini selalu makan di rumah sahabat yang sederhana ini, boleh kata setiap hari. Seolah-olah mereka ini adalah keluarga.
ReplyDeleteIni terjadi kerana di rumah sahabat yang kaya ini tidak ada sesiapa yang mahu memasak lantaran semuanya sibuk dan mempunyai masalah keluarga yang serius. Tetapi keadaan keluarga N tidak begitu, walaupun kehidupan mereka sederhana, mereka mempunyai stok makanan yang memang banyak.
Apa yang saya mahu beritahu ialah, kekayaan itu ada dalam bentuk yang sangat banyak. Walaupun Y begitu kaya dari segi harta, tetapi dia amat miskin dari segi makanan dan kasih sayang keluarga. Malah tidak keterlaluan saya katakan dia lebih menyayangi keluarga N lebih dari keluarganya. Manakala N pula walaupun hidup sederhana, tetapi mewah dengan makanan dan kasih sayang. Tetapi yang paling menonjol ialah walaupun Y kaya, tetapi dia sangat miskin dengan makanan (Maksud di sini makanan yang berkhasiat yang dimasak dirumah dan dimakan dengan ahli keluarga, laratkah dia makan setiap hari di kedai).
Tetapi tidak ada yang lebih merugikan bagi kita sebagai hamba Tuhan jika kita sudah miskin dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Rugi dunia dan akhirat. Pesanan ini didahulukan kepada saya.
sangat menarik penulisan Encik Eyman
ReplyDeleteBg saya walaupun sy tidak mmpunyai kekayaan dari sudut material.. namun, saya tetap brsyukur kerana saya tetap ada kekayaan dari segi keluarga walaupun kasih syg itu tidak sesempurna mana... Ukuran kasih sayang itu bukan jadi penghalang kepada saya untuk mencipta kebahagian, tp apa yg penting apa yang azalinya ada tersedia untuk saya dari kecil..
thanx Encik Eyman, penulisan ini buat saya lebih menghargai apa yang saya ada...(^_^)
Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
ReplyDeleteAl-Baqarah: 247
dari sini, saya mengukur kekuatan yang diperlukan untuk menakluk kejayaan adalah jisim tubuh dan keluasan ilmu. Orang israel sangat terinspirasi dari penceritaan nabi daud lawan jalut (goliath).
Seterusnya mereka amat kagum dengan kekukuhan kerajaan sulaiman, anak nabi daud.
Bagi saya hanya inilah formula dari Allah untuk manusia kekal aman dan sentosa dalam keredhaannya