foto daripada:aavc.vassar.edu
31.1.09
TIADA ISTILAH,
TIADA ILMUNYA!
KEIBUBAPAAN adalah proses menjaga dan mendidik anak daripada bayi sehinggalah dewasa. Peranan ini dimainkan oleh mereka yang mempunyai pertalian darah dengan si anak ataupun terhadap anak di bawah jagaan orang dewasa.
Matlamat keibubapaan adalah untuk memberi keselamatan dan pembangunan diri anak daripada aspek mental dan fizikal. Pemahaman dan amalan konsep keinsanan serta keehsanan juga perlu diberikan kepada mereka.
Pakar-pakar psikologi keluarga berpendapat, di antara masalah remaja pada hari ini juga berpunca kerana kurangnya kemahiran keibubapaan. Maka banyaklah seminar-seminar, kursus-kursus dan sesi-sesi motivasi diadakan sama ada secara live mahupun melalui TV untuk memberi ilmu kepada ibubapa.
Ya, ilmu cara-cara menjaga anak ini bagus sekali. Pengetahuan, kemahiran dan sikap positif sekalian ibubapa akan dapat diaplikasikan terhadap anak-anak mereka agar berkembang menjadi remaja dan orang dewasa yang baik. Dengan ilmu keibubapaan, ibu dan bapa dah tak perlu menangani anak dengan tangan!
Tapi… apakah anak-anak diberi ilmu bagaimana pula cara menjaga ibubapa? Pada hari ini, kita tahu ada ibubapa yang makan hati dengan anak-anak mereka. Anak yang tidak menjenguk ibubapa, tidak memberi perhatian, tidak langsung menyara makan pakai atau tidak menjenguk ibubapa yang sakit di hospital sudah biasa kita dengar. Malah, kita tahu ada anak-anak yang mewakilkan orang lain menjaga ibubapa mereka dengan menghantar mereka ke rumah kebajikan.
Anak-anak jenis apakah ini? Mereka adalah anak-anak yang tiada ilmu menjadi anak yang baik. Salahkah mereka? Tidak juga sebab, sudah adakah ilmu khusus untuk menjadi anak yang baik seperti ilmu khusus menjadi ibubapa yang baik? Jika ada ilmu keibubapaan atau parenting, apakah ada ilmu keanak-anakan atau kidding?
Istilah ilmu keanak-anakan atau kidding pun pelik bunyinya kerana ia mempunyai makna yang jauh berbeza daripada maksud yang sepatutnya. kerana itu, saya percaya, tiada ilmu khusus cara anak-anak menjaga ibubapa sepertimana ilmu parenting.
Oleh kerana tiada istilah yang bertentangan dengan parenting atau keibubapaan, maka tiadalah cabang ilmu khusus mengenainya. Bila tiada cabang ilmu itu, maka mereka yang tahu ilmu kidding, memperoleh ilmu itu melalui pengalaman dan perasaan(skill & attitude), bukannya melalui ilmu (knowledge). Oleh sebab tiada istilah kemahiran menjaga ibubapa seperti kemahiran menjaga anak (parenting), maka masyarakat masih teraba-raba mengenai punca mengapa ada anak sanggup melukai hati orang tua mereka tanpa rasa bersalah.
Buat sementara waktu, selagi tiada cabang ilmu mengenai kidding, ibubapa terpaksalah terus ambil hati dengan anak-anak kerana mereka tak masuk kelas keanak-anakan sepertimana mereka menghadiri kelas keibubapaan!

hu3..cm plik istilah 2
ReplyDeletehmm.. sepatutnya anak2 ni takpayah pergi ke kelas keanak-anakan dah. sekolah dan kurikulumnya sepatutnya mencukupi dalam menerangkan kepentingan parents dalam hidup seseorang, bagaimana perlu hormat dsb.
ReplyDeleteibu bapa perlu ke kelas, sbb mereka perlu belajar benda yang sukar untuk mereka dapatkan di pejabat.
dua-dua ibu bapa dan anak-anak ini 'share' the same place untuk mereka mempraktikkan apa yg dipelajari.
persoalannya, kalau kita kata anak2 tak makan hati dengan ibubapa sbb kursus parenting, adakah ibubapa terus makan hati sbb sistem pendidikan negara gagal cater to this problem?
and the blame game starts. LOL!