Photo credit: miraclesandoddities.blogspot.com
JIWA & MINDA
YANG MEMBARA
MESKIPUN 2012 baru sebulan merangkak, saya berasakan 27, 28 dan 29 Januari 2012 adalah tarikh-tarikh yang akan sukar saya lupakan. Ia akan menjadi tarikh ingatan dan kenangan buat saya sebagai warga Kumpulan Media Karangkraf. Luarbiasa! Selama tiga hari, ratusan ribu peminat produk Kumpulan Media Karangkraf berpesta di Karnival Buku 2012 kami.
Kunjungan yang bertali arus itu mengakibatkan jalan-jalan di sekitar kompleks Karangkraf sesak dan sendat hingga dua kilometer. Perjalanan dari bulatan berhampiran dengan Kompleks Karangkraf yang jaraknya hanya 300 meter mengambil masa 20 minit. Ramai yang berpusing-pusing hingga setengah jam mencari parkir. Khabarnya, ramai juga yang terus balik kerana tak sanggup berputar-putar mencari ruang letak kereta, tidak kira sama ada di tepi jalan, di atas pembahagi jalan mahupun di kawasan bulatan.
Tujuan utama mereka datang hanyalah untuk membeli buku dan majalah. Namun, pihak Karangkraf menyambut kedatangan mereka dengan pelbagai pameran, demonstrasi, syarahan, diskusi dan juga konsert. Ini yang membuatkan ramai yang singgah begitu teruja hingga menghabiskan masa lebih setengah hari di premis kami.
Ramainya tetamu bukan sahaja bererti bertambahlah rezeki. Ia juga bermakna ramainya anggota masyarakat meminati produk Karangkraf. Ertinya, bahan-bahan bacaan yang Karangkraf hidangkan selama ini bertepatan dengan citarasa pembaca.
Ramai yang datang daripada sejauh Pulau Pinang dan Kelantan. Malah, ramai juga para pengunjung yang sampai daripada Singapura dan juga Brunei. Saya kagum melihat mereka yang berbaris untuk membayar di kaunter. Ada yang terpaksa beratur sehingga setengah jam semata-mata untuk membayar.
Ramai lagi yang bersesak-sesak lebih sejam untuk mendapatkan bahan bacaan yang diingini. Kaunter bayaran yang pada mulanya hanya enam, bertambah menjadi sembilan, sebelas dan akhirnya tiga puluh. Itupun masih belum dapat melancarkan aliran trafik para pelanggan yang ingin membayar. Sambutan yang sebegini hebat adalah satu fenomena di Karangkraf. Ia mencatat sejarah kami dalam dunia pemasaran buku.
Karnival ini berbeza daripada pesta buku di PWTC. Di PWTC, sebilangan pengunjung mungkin berhajat untuk mengunjungi gerai-gerai lain untuk membeli buku dan kebetulan sahaja terserempak dengan gerai kami. Tetapi, di Karnival Buku 2012 kami, mereka datang hanya untuk mendapatkan produk-produk kami.
Sambil melilau di seluruh kawasan pameran yang sesak, saya terimbau kenangan ketika mula-mula Alaf 21, syarikat penerbitan buku di bawah Grup Buku Karangkraf mula merangkak. Pada akhir tahun-tahun 90an, saya pernah terlibat dalam pameran selama 10 hari di sebuah gedung membeli-belah di Subang Jaya. Tidak sampai 50 pengunjung yang datang ke gerai kami pada satu-satu hari.
Ramai pengunjung ke gedung membeli-belah itu buat-buat tak nampak akan kehadiran kami. Ada yang berbisik sesama sendiri, sambil mencebir dan kemudiannya tergelak-gelak. Mereka berasa pelik melihat orang menjual buku. Malah, saya pernah diherdik sekumpulan remaja hanya kerana ingin menghulurkan brosur buku kepada mereka.
Fenomena pada akhir Januari lalu menzahirkan makna yang berbeza sama sekali. Ia menggambarkan, semakin ramai orang yang bukan sahaja memerlukan santapan perut. Malah, mereka kini semakin mengambil berat untuk mendapatkan santapan minda. (Secara kebetulan, pada malam akhir karnival, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah padat dengan para jemaah yang hadir untuk mendengar ceramah agama seorang ustaz). Nampaknya masyarakat kini bukan sahaja menginginkan santapan perut. Mereka juga mahukan santapan minda dan juga santapan rohani.
Apabila para pengunjung datang berbondong-bondong dengan ahli keluarga masing-masing, ia menandakan budaya membaca sudah menjadi satu budaya keluarga. Suami-isteri menggalakkan anak-anak untuk menyukai buku yang tentunya menjurus kepada mencintai ilmu. Seperti komen motivator Dr. Ari Ginanjar apabila dimaklumkan mengenai sambutan yang memberangsangkan itu, dia menyuarakan rasa hairan, bagaimana di era facebook dan twitter begitu popular, Karangkraf masih dapat menyelitkan rasa cintakan buku di hati masyarakat.
Pada hemat saya, facebook dan twitter adalah alat komunikasi inter-personal. Membaca pula adalah alat berkomunikasi intra-personal. Manusia akan tetap ingin bersosial. Tetapi mereka juga perlukan masa untuk meneroka ke dalam diri. Lagi pula, membaca itu adalah bara untuk menghidupkan jiwa dan minda. Dan membarakan jiwa dan minda pula adalah visi Kumpulan Media Karangkraf.
Marilah kita genggam bara itu.
Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 1.2.2012, isya-Allah...

Semangat membaca sekarang sangat mengesankan. Sekarang, sudah sampai kita memujuk orang untuk membaca perkara yang membina minda pula. Itu pendapat saya.
ReplyDeleteSaya berkesempatan datang ke Karnival Karangkraf itu pada hari yang terakhir. Itu pun dah petang dekat-dekat maghrib. Dan masih lagi ramai orang. Saya terperasan satu poster yang menunjukkan sebuah forum yang dihadiri oleh seorang ahli BISIK yang diadakan pada pagi hari tersebut. ARGGHH!! Tak tau la pulak yang tuan blog merupakan salah seorang ahli panel tersebut. Terlepas la pulak!
ReplyDeletePada malam itu juga saya berada di dalam kekeliruan, kerana ada dua ceramah kategori heavyweight yang berlangsung pada waktu yang sama, Ustaz Azhar Idrus di masjid negeri atau ceramah khas oleh Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin di bangunan SUK. Akhirnya saya memutuskan untuk ke ceramah ahli Ikhwan tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini politik Mesir.
erm...
ReplyDelete