Foto: medindia.net
BUAT KITA
YANG SUKA DIGANGGU
KEHIDUPAN kita pada hari ini disulami dengan gangguan suara, imej dan tulisan. Saya katakan ia sebagai gangguan kerana ia tiada kena mengena dengan kita. Gangguan juga adalah sesuatu yang kalau kita tidak layani, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada diri kita.
Bahan berita daripada media sama ada media cetak atau elektronik adalah satu bentuk gangguan seandainya ia membangkitkan emosi kita hingga kita menghabiskan masa meneliti atau bercakap mengenainya. Cerita politik, gosip artis mahupun masalah sosial adalah topik yang amat menarik untuk dibincangkan. Bagaimana pun, apabila ia menegangkan urat leher dan menaikkan darah hingga kita bermasam muka dengan teman sebelah, ia sudah menjadi gangguan. Mengganggu masa dan mengganggu keharmonian persahabatan.
Apa jua bentuk hebahan, iklan mahupun promosi juga adalah satu bentuk gangguan. Kita tidak memintanya. Tetapi, tiba-tiba ia menerjah mata, telinga dan menujah fikiran ketika kita asyik mendengar lagu, menonton rancangan kegemaran atau melayari laman web. Bagi kita yang lekas sedar ia adalah satu bentuk gangguan, kita akan mengubah saluran atau stesen.
Buat kita yang tidak perasan yang kita diganggu, kita akan tertawan dengan gangguan itu meskipun telah menyaksikan gangguan itu berulang-ulang kali. Kita akan terheret dan terperangkap untuk mengikutinya dengan asyik. Melayani apa yang tidak penting, malah tidak ada kena mengena dengan kita, bererti kita membenarkan gangguan itu menguasai masa dan tenaga kita.
Oleh kerana saban hari gangguan ini datang kepada kita, akhirnya kita tidak sedar ia menjadi satu keperluan. Malah, ada sebilangan daripada kita yang mendambakan gangguan-gangguan ini, kerana tanpanya, kita berasa kehidupan seharian menjadi sunyi dan tidak lengkap.
Tanpa sedar, kita pula yang mencari gangguan ini pula. Kita membuka radio bukan semata-mata untuk berhibur, tetapi untuk mendengar lawak yang kosong dan celoteh yang tidak membina minda. Kita menonton drama-drama yang stereotaip formulanya atau tayangan filem untuk sekian kali ulangannya tanpa berasa jemu.
Apabila kita membuka komputer pula, kita tidak terus membuka e-mel untuk membaca surat, notis, hebahan syarikat atau terus memulakan kerja. Sebaliknya, kita membuka kotak sembang, laman sosial atau blog yang menuntut masa kerja kita. Akhirnya, tanpa disedari, masa seharian kita yang terluang jadi terbuang.
Siapakah yang memaksa kita untuk mendengar atau menatap sesuatu yang tidak mustahak buat kita? Tiada seorang pun! Mengapa kita mengizinkan sesuatu yang tidak penting itu menguasai tumpuan kita hingga lalai dengan waktu? Tiada sesiapa pun kecuali diri kita sendiri.
Mengapa? Kerana kita mencari jalan untuk lari daripada tanggungjawab. Tiada tanggungjawab itu menyeronokkan kerana kita boleh buat apa yang kita suka. Tetapi, melakukan apa yang kita sukai itu pula sebenarnya satu cara kita untuk menangguhkan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Sikap bertangguh itu mencuri masa. Kerja yang mudah di waktu senggang jadi tunggang-langgang apabila ia cuba disiapkan pada waktu yang singkat. Kesilapan akan terjadi apabila kita bekerja dalam tekanan masa. Tetapi, tekanan yang lebih hebat itu datang dari bawah sedar kita kerana rasa bersalah akibat membuang waktu.
Renungilah. Mengapa ada banyak ketika dan masa bila mana kerja yang diberikan dalam tempoh 24 jam boleh kita siapkan dalam masa 24 jam? Dalam pada itu, ada banyak juga kerja yang diberi seminggu tempohnya tidak dapat disiapkan selama 6 hari, sedangkan apabila hari esok menjelang, kita dapat juga menyiapkan tugasan itu. Apakah, kerja seminggu itu memerlukan masa seminggu atau sebenarnya 24 jam?
Apabila kita menyukai sesuatu, masa yang kita lalui terasa singkat. Sebaliknya, apabila kita tidak menyukai sesuatu itu, masa yang diharungi terasa begitu lama. Kerana itulah, kita perlu meminati apa yang kita buat. Dengan cara itu, masa yang diharungi akan terasa singkat. Elakkan diri daripada diganggu. Jangan pula kita mencari gangguan.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda kamu sebelum datangnya hari tua, masa sihat kamu sebelum dilanda sakit, masa kaya kamu sebelum masa miskinmu, masa lapang kamu sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup kamu sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 22.12.2010.
Salam tuan... dalam part-part tertentu kita begitu teruja hendak melakukan sesuatu yang kita minat.tak payah disuruh dan diarah untuk kita melakukannya..khususnya perkara yang melibatkan kepentingan bersama...disebabkan ganguan yang diwujudkan oleh jiwa dan peribadi orang yang statik..menyebabkan semangat akhirnya menjadi pengat...
ReplyDeleteMereka yang biasa bertangguh dan menangguh juga merupakan gangguan kepada kita yang inginkan sesuatu berlaku atau berjaya dengan cepat dan tepat.
ReplyDeleteJadi patutkah kita hilangkan gangguan tersebut?
KGK SKTA,
ReplyDeleteSaya sendiri tercari2 formula bagaimana dapat melakukan kesemua perkara mengikut inisiatif sendiri. Sifat malas selalu juga menyelinap di hati dalam diam. Akhirnya, seperti yang tuan kata... semangat jadi pengat!
TYMZ,
Ya. Kita mesti cari jalan untuk menghilangkan gangguan itu. Azam baru mesti dilakukan setiap hari.
this is so me... thanks for the article... I need to find out how not to be distracted...
ReplyDeleteHana
Anonymous... seperti di dalam artikel itu, jangan kita sendiri yang mencari gangguan! :)
ReplyDelete