Saturday, October 18, 2008


DARIHAL TAUKE
KOSMETIK MELAYU


PERNIAGAAN kosmetik ialah perniagaan jutaan ringgit. Di Malaysia, perniagaan kosmetik secara jualan langsung dipelopori oleh wanita-wanita Melayu. Diinspirasikan daripada kosmetik tradisional Indonesia, seperti Mustika Ratu dan Martha Tilaar, ada berbelas-belas syarikat kosmetik Melayu yang muncul untuk menawarkan pelbagai bahan make-up luar dan dalam wanita. Satu perkembangan yang amat sihat.

Namun, kebanyakan mereka menggunakan wajah mereka sendiri untuk brand endorsement mahupun menggunakan imej sendiri sebagai ikon produk. Masing-masing berwajah cantik. Mereka berposing dengan liuk lentok seperti model. Memang menawan dan memikat untuk melariskan produk dan mendapatkan ejen-ejen jualan langsung. Tapi sampai bila hendak gunakan imej sendiri untuk melariskan produk? Seharusnya, mereka berundur dan berikan model sebenar untuk memaparkan imej kebagusan produk.

Ya, lah… mereka makin dimakan usia. Ada di antara mereka yang masih nak bergaya hinggakan semakin sehari make-up yang diguna semakin tebal untuk kelihatan bergetah. Kenalah ikut pendekatan Martha Tilaar maupun Estee Lauder yang dah tak gunakan diri sebagai imej untuk lariskan produk.


Foto: thebeautybrains.com

No comments:

Post a Comment